Connect with us

Terkini

Serangan Iran ke atas loji janakuasa dan penyahgaraman air Kuwait ragut nyawa pekerja

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Satu serangan Iran pada Ahad malam ke atas sebuah bangunan perkhidmatan di loji janakuasa dan penyahgaraman air di Kuwait meragut nyawa seorang pekerja serta menyebabkan kerosakan material yang besar, menurut Kementerian Elektrik negara itu pada awal Isnin.
  • Kementerian itu memaklumkan bahawa mangsa yang maut ialah seorang warga India, lapor Anadolu Ajansi.
  • Menurut kementerian berkenaan, serangan itu menyebabkan kerosakan besar infrastruktur di kemudahan berkenaan.

ISTANBUL — Satu serangan Iran pada Ahad malam ke atas sebuah bangunan perkhidmatan di loji janakuasa dan penyahgaraman air di Kuwait meragut nyawa seorang pekerja serta menyebabkan kerosakan material yang besar, menurut Kementerian Elektrik negara itu pada awal Isnin.

Kementerian itu memaklumkan bahawa mangsa yang maut ialah seorang warga India, lapor Anadolu Ajansi.

Menurut kementerian berkenaan, serangan itu menyebabkan kerosakan besar infrastruktur di kemudahan berkenaan.

Pasukan teknikal dan kecemasan segera digerakkan di bawah pelan kecemasan bagi menangani kesan serangan itu serta memastikan operasi terus berjalan seperti biasa, menurut kementerian berkenaan.

la menambah bahawa pihak berkuasa sedang menyelaraskan usaha dengan agensi keselamatan serta badan berkaitan bagi mengawal keselamatan tapak yang rosak.

Ketegangan serantau terus memuncak sejak Israel dan Amerika Syarikat (AS) melancarkan serangan ke atas Iran pada 28 Feb lepas, yang setakat ini mengorbankan lebih 1,340 orang, termasuk Pemimpin Agung ketika itu Ayatollah Ali Khamenei.

Iran bertindak balas dengan melancarkan serangan dron dan peluru berpandu yang menyasarkan Israel, Jordan, Iraq serta negara-negara Teluk yang menempatkan aset ketenteraan AS, menyebabkan kematian dan kerosakan terhadap infrastruktur selain mengganggu pasaran global serta penerbangan.– BERNAMA-ANADOLU

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author