Connect with us

Terkini

Empangan Bukit Merah Kritikal Pengairan Tahap 1

Published

on

Foto: Empangan Bukit Merah.
  • Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kerian di laman Facebook memaklumkan simpanan bekalan pengairan bagi empangan berkenaan ialah 18.6958 juta meter padu setakat semalam.
  • Pesawah dinasihatkan untuk sentiasa mengunakan air dengan berhemat dan berjimat cermat,” menurut kenyataan itu.
  • Aras normal bagi prosedur operasi standard (SOP) bekalan pengairan ialah 8.69 m.

IPOH, 29 Mac (Bernama) — Status semasa Empangan Bukit Merah berada pada aras Kritikal Pengairan Tahap 1, iaitu 6.965 meter (m) berbanding aras berjaga-jaga 7.62 m.

Jabatan Pengairan dan Saliran Daerah Kerian di laman Facebook memaklumkan simpanan bekalan pengairan bagi empangan berkenaan ialah 18.6958 juta meter padu setakat semalam. 

Pesawah dinasihatkan untuk sentiasa mengunakan air dengan berhemat dan berjimat cermat,” menurut kenyataan itu.

Aras normal bagi prosedur operasi standard (SOP) bekalan pengairan ialah 8.69 m.– BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author