Connect with us

Terkini

Depresi bukan punca tukar agama – Pakar Psikiatri

Published

on

Foto: Pakar Psikiatri, Dr Ahmad Rostam bin Md Zin.
  • “Tak. Orang tidak akan melakukan sesuatu yang melanggar agama atau budayanya kerana dia depress. Apa sahaja yang dia decide utk buat adalah kerana pada ketika itu dia rasa itulah keputusan yang paling tepat walaupun pada pandangan kita bukan tindakan yang rasional,” – Dr Ahmad Rostam bin Md Zin, Pakar Psikiatri
  • Dr Ahmad Rostam turut menekankan bahawa depresi bukanlah tanda kelemahan iman, sebaliknya kekuatan atau kelemahan iman seseorang bergantung kepada latar belakang individu serta cara mereka menghadapi ujian.

KUALA LUMPUR – Dakwaan bahawa individu menukar agama disebabkan depresi disifatkan sebagai tidak tepat dan mengelirukan oleh pakar psikiatri, Dr Ahmad Rostam bin Md Zin.

Beliau menegaskan bahawa seseorang tidak akan melakukan sesuatu yang bertentangan dengan agama atau budaya semata-mata kerana mengalami depresi.

“Tak. Orang tidak akan melakukan sesuatu yang melanggar agama atau budayanya kerana dia depress. Apa sahaja yang dia decide utk buat adalah kerana pada ketika itu dia rasa itulah keputusan yang paling tepat walaupun pada pandangan kita bukan tindakan yang rasional,” jelas beliau.

Menurutnya, majoriti individu yang mengalami depresi masih berusaha melakukan perkara terbaik untuk diri sendiri dan orang sekeliling walaupun berada dalam keadaan sukar, malah tetap berpegang kepada agama dan nilai budaya mereka.

“Tidak rasional bukan bermaksud tidak waras. Individu yang mengalami depresi masih mempunyai kewarasan untuk membuat pertimbangan, walaupun ada yang tersilap dan memperbetulkannya apabila keadaan kembali stabil,” jelas beliau menerusi satu hantaran di Facebook.

Dr Ahmad Rostam turut menekankan bahawa depresi bukanlah tanda kelemahan iman, sebaliknya kekuatan atau kelemahan iman seseorang bergantung kepada latar belakang individu serta cara mereka menghadapi ujian.

Tambah beliau, gangguan kesihatan mental itu sendiri boleh menjadi ujian kepada keimanan, ada yang menjadi lebih kuat, namun ada juga yang terkesan dan tergugat.

Dalam masa sama, beliau menjelaskan bahawa hubungan yang baik dengan Tuhan boleh membantu proses pemulihan, namun ia bukan satu-satunya ikhtiar yang perlu diambil oleh pesakit.

Beliau turut mengingatkan bahawa depresi tidak boleh dijadikan alasan untuk melakukan kesilapan atau tindakan yang memburukkan keadaan, sebaliknya individu perlu mendapatkan bantuan apabila menyedari keadaan mereka semakin merosot.

“Jika kita rasa tiada siapa memahami kita, itu petanda kita perlukan bantuan dari luar. Bantuan profesional perlu dicari apabila keadaan tidak lagi terkawal,” katanya.

Dr Ahmad Rostam juga menegaskan bahawa setiap individu tetap bertanggungjawab terhadap diri sendiri dan tidak wajar menormalisasikan perkara yang tidak mendatangkan manfaat.

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author