Terkini
KJ kepada pembangkang: “Pentas sudah tersedia.. tapi anda terlalu bodoh dan tidak kompeten” – Khairy Jamaluddin
- Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, melontarkan kritikan tajam terhadap pihak pembangkang, menyifatkan mereka sebagai gagal memanfaatkan peluang dalam suasana semasa yang mencabar.
- “Dan kita memang benar-benar mempunyai pembangkang yang paling tidak berguna sekarang. Ketidakstabilan global, krisis tenaga, skandal rasuah. Pentas sudah tersedia untuk anda menyerlah.
- “Tetapi anda terlalu bodoh dan tidak kompeten. Mengharapkan untuk menang secara automatik bukan satu strategi yang memberi keyakinan,” katanya.
KUALA LUMPUR – Bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin Abu Bakar, melontarkan kritikan tajam terhadap pihak pembangkang, menyifatkan mereka sebagai gagal memanfaatkan peluang dalam suasana semasa yang mencabar.
Menerusi satu hantaran di Instagram Story, Khairy menyindir bahawa pembangkang ketika ini berada dalam kedudukan yang sepatutnya memberi kelebihan kepada mereka untuk menonjol, susulan ketidaktentuan global, krisis tenaga serta pelbagai isu termasuk skandal rasuah.
Namun, beliau mendakwa pembangkang tidak menunjukkan keupayaan yang meyakinkan, malah dilihat “tidak kompeten” dan gagal menawarkan pandangan yang bernas terhadap isu-isu penting negara.
“Dan kita memang benar-benar mempunyai pembangkang yang paling tidak berguna sekarang. Ketidakstabilan global, krisis tenaga, skandal rasuah. Pentas sudah tersedia untuk anda menyerlah.
“Tetapi anda terlalu bodoh dan tidak kompeten. Mengharapkan untuk menang secara automatik bukan satu strategi yang memberi keyakinan,” katanya.
Dalam masa sama, Khairy turut mempersoalkan kredibiliti beberapa tokoh pembangkang yang menurutnya tidak mempunyai pendirian jelas terhadap perkara-perkara substantif, walaupun memiliki latar belakang profesional.
“Kata jurutera aeronautik, tetapi anda benar-benar tidak mempunyai sebarang pendapat tentang apa-apa yang penting.
Beliau juga menyifatkan keadaan politik semasa sebagai “amatur di kedua-dua belah pihak”, menggambarkan kekecewaan terhadap tahap wacana dan kepimpinan politik negara secara keseluruhan. – The Merdeka Times