Connect with us

Terkini

DAP 60 Tahun: ‘Perjuangan belum selesai’, DAP bangkitkan semula roh lama perjuangan parti

Published

on

Foto: Sambutan ulang tahun ke-60, Parti Tindakan Demokratik (DAP).
  • Dalam kenyataan sempena sambutan tersebut, DAP dengan tema “Malaysia untuk rakyat Malaysia’ itu mengimbas kembali permulaan perjuangan yang disifatkan bermula dengan satu “keberanian”.
  • Menurut kenyataan itu, sejak awal penubuhannya, DAP berani menyatakan Malaysia harus menjadi milik semua rakyat tanpa mengira latar belakang dan prinsip tersebut, katanya, kekal menjadi teras sehingga hari ini dan tidak pernah dilupakan.
  • “Jalan ini belum selesai, tetapi hala tuju tidak pernah berubah,” jelas kenyataan itu.

KUALA LUMPUR – Sempena ulang tahun ke-60, Parti Tindakan Demokratik (DAP) menegaskan bahawa perjuangan parti itu masih belum selesai, meskipun telah melalui perjalanan panjang sejak penubuhannya enam dekad lalu.

Dalam kenyataan sempena sambutan tersebut, DAP mengimbas kembali permulaan perjuangan yang disifatkan bermula dengan satu “keberanian” sambil merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang telah bersama-sama berjalan seiring sepanjang perjalanan parti itu.

Menurut kenyataan itu, sejak awal penubuhannya, DAP berani menyatakan bahawa Malaysia harus menjadi milik semua rakyat tanpa mengira latar belakang. Prinsip tersebut, katanya, kekal menjadi teras sehingga hari ini dan tidak pernah dilupakan.

Seiring dengan itu, tema sambutan ulang tahun ke-60 DAP ditetapkan sebagai “Malaysia untuk rakyat Malaysia”, mencerminkan komitmen berterusan parti terhadap konsep kesaksamaan dan perpaduan nasional.

Kenyataan itu turut menegaskan bahawa DAP dibina atas asas komitmen terhadap keadilan, keyakinan terhadap perpaduan, serta usaha mempertahankan kedudukan rakyat dalam sistem negara.

Mengulas perjalanan 60 tahun tersebut, DAP menegaskan sambutan ini bukan sekadar melihat ke belakang, sebaliknya menjadi peringatan untuk terus berpegang kepada matlamat asal perjuangan.

DAP turut menegaskan kekuatan parti itu datang daripada kepercayaan rakyat, bermula daripada akar umbi hingga ke peringkat pembentukan dasar, dan berikrar untuk tidak mensia-siakan amanah tersebut.

“Langkah demi langkah, ia adalah kepercayaan yang diberikan oleh rakyat, dan kami tidak akan gagal,” menurut kenyataan itu lagi.

DAP mengakui bahawa perjalanan masih panjang, namun arah perjuangan kekal tidak berubah, iaitu berjalan bersama rakyat dan untuk rakyat.

“Jalan ini belum selesai, tetapi hala tuju tidak pernah berubah,” jelas kenyataan itu. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author