Connect with us

Terkini

Timbalan Menteri tak patut teman Arun di mahkamah – Zainul Rijal

Published

on

Foto: Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.
  • Peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata, kehadiran seorang pemimpin kerajaan ketika prosiding mahkamah berlangsung boleh memberi gambaran yang tidak wajar kepada pihak mahkamah.
  • “Ia boleh menggambarkan campur tangan kepada kehakiman. Seolah-olah ia memberi gambaran kepada Majistret bahawa OKT tidak bersalah sedangkan belum dibicarakan.
  • “Sudah nampak perbezaan pun seorang dituduh tidak bergari, seorang lagi di Kuala Lumpur bergari pula. Ini mungkin implikasi kehadiran YB,” katanya.

KUALA LUMPUR – Kehadiran Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), M. Kulasegaran di mahkamah bersama aktivis, Arun Dorasamy boleh menimbulkan persepsi campur tangan terhadap proses kehakiman, kata peguam, Datuk Zainul Rijal Abu Bakar.

Menurut beliau, kehadiran seorang pemimpin kerajaan ketika prosiding mahkamah berlangsung boleh memberi gambaran yang tidak wajar kepada pihak mahkamah.

“Ia boleh menggambarkan campur tangan kepada kehakiman. Seolah-olah ia memberi gambaran kepada Majistret bahawa OKT tidak bersalah sedangkan belum dibicarakan,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Zainul Rijal berkata situasi tersebut juga berpotensi menimbulkan kegusaran kepada Majistret yang mengendalikan kes berkenaan.

Beliau turut menegaskan ahli politik seharusnya memberi ruang kepada sistem perundangan menjalankan prosesnya tanpa sebarang persepsi pengaruh.

“YB buatlah kerja YB. Biar undang-undang menjalankan prosesnya,” katanya.

Menurut Zainul Rijal lagi, terdapat perbezaan layanan terhadap OKT dalam kes berasingan yang boleh menimbulkan persoalan persepsi awam.

“Sudah nampak perbezaan pun seorang dituduh tidak bergari, seorang lagi di Kuala Lumpur bergari pula. Ini mungkin implikasi kehadiran YB,” katanya. 

Terdahulu, aktivis Arun Dorasamy tiba di pekarangan bangunan Mahkamah Majistret Jawi pada jam 8.15 pagi Selasa bagi menghadapi pertuduhan di bawah Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan berkaitan sebuah video di aplikasi WhatsApp.

Beliau didakwa mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan melalui video yang dimuat naik di Instagram miliknya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author