Connect with us

Terkini

Dakwaan sabotaj negara: Peguam Toh Puan Na’imah beri keterangan di Bukit Aman

Published

on

Foto: Peguam, Nizamuddin Hamid (kiri) dan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid (kanan).
  • Peguam, Nizamuddin Hamid hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat PDRM Bukit Aman berhubung dakwaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara, melibatkan individu berpengaruh dengan agensi media antarabangsa.
  • Nizamuddin berkata keterangan diberikan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan.
  • “Rakaman percakapan dimulakan pada kira-kira 10.30 pagi dan mengambil masa kurang tiga jam,” katanya.

KUALA LUMPUR – Peguam kepada Toh Puan Na’imah Abdul Khalid, Nizamuddin Hamid hari ini hadir memberikan keterangan di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman berhubung dakwaan menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara, melibatkan individu berpengaruh dengan agensi media antarabangsa.

Nizamuddin yang ditemui media selepas selesai dirakam percakapan berkata keterangan diberikan kepada Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman mengikut Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

“Rakaman percakapan dimulakan pada kira-kira 10.30 pagi dan mengambil masa kurang tiga jam,” katanya.

Terdahulu, Nizamuddin tiba di Bukit Aman pada 10.10 pagi dengan diiringi peguamnya, Datuk Khalid Yusoff dan Izwan Ariff.

Pada 5 Mac lepas, Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail berkata polis telah mengambil keterangan seorang individu bagi membantu siasatan berhubung kes berkenaan.

Mohd Khalid berkata polis juga telah mengenal pasti beberapa nama dan sedang berusaha mendapatkan kenyataan daripada mereka yang berkaitan, dan pada masa sama meneliti kemungkinan penglibatan pihak luar negara bergantung pada perkembangan siasatan seterusnya.

Pada 3 Mac, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan bahawa cubaan untuk menjatuhkan kerajaan didukung oleh warga tempatan dengan memanfaatkan pengaruh media dan institusi antarabangsa termasuk melibatkan kelompok Zionis terkemuka.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan, berkata siasatan awal PDRM mendapati gerakan berkenaan berpangkalan di luar negara dan mempunyai dana besar bagi merancang strategi untuk mempertikai dan menggugat kerajaan sedia ada. – BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author