Connect with us

Terkini

MCA sambut baik usaha penyatuan demi kebaikan rakyat

Published

on

Foto: Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong.
  • Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, usaha seperti Rumah Bangsa merupakan satu langkah yang baik untuk menyatu-padukan pemimpin-pemimpin politik secara khususnya dan orang Melayu secara amnya.
  • Menurut beliau, usaha tersebut tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman kepada kerjasama antara parti-parti politik yang sedia ada.
  • “Saya tak nampak bagaimana ia boleh menggugat kerjasama dengan parti lain. Hanya pihak atau parti politik yang mahu melihat orang Melayu terus berpecah sahaja yang akan rasa tergugat,” katanya kepada The Merdeka Times.

KUALA LUMPUR – MCA menyambut baik segala usaha yang boleh membawa kepada kebaikan rakyat serta memperkukuh perpaduan politik dan nasional, termasuk inisiatif yang dilihat mampu menyatukan pemimpin politik dan masyarakat.

Ketua Penerangan Pemuda MCA, Neow Choo Seong berkata, usaha seperti Rumah Bangsa merupakan satu langkah yang baik untuk menyatu-padukan pemimpin-pemimpin politik secara khususnya dan orang Melayu secara amnya.

Menurut beliau, usaha tersebut tidak seharusnya dilihat sebagai ancaman kepada kerjasama antara parti-parti politik yang sedia ada.

“Rumah Bangsa adalah satu usaha yg baik untuk menyatu-padukan pemimpin-pemimpin politik secara khususnya, dan orang Melayu secara amnya. 

“Saya tak nampak bagaimana ia boleh menggugat kerjasama dengan parti lain. Hanya pihak atau parti politik yang mahu melihat orang Melayu terus berpecah sahaja yang akan rasa tergugat,” katanya kepada The Merdeka Times.

Beliau berkata, sekiranya pemimpin politik dapat bersatu dan menumpukan perhatian kepada kepentingan rakyat, khususnya orang Melayu, usaha tersebut pasti akan mendapat sokongan masyarakat.

“Sekiranya pemimpin-pemimpin politik dapat bersatu dan tumpukan kepada kepentingan rakyat, khususnya orang melayu, pastinya usaha itu akan mendapat sokongan rakyat. Sekiranya UMNO boleh kembali memenangi hati dan sokongan rakyat, pastinya ia perkembangan yang sangat positif untuk keseluruhan BN.

“MCA sambut baik segala usaha yang boleh membawa kepada kebaikan dan pada masa yang sama, MCA akan terus berusaha untuk bantu memenangi semula sokongan kaum cina dan menyatu-padukan rakyat dalam konteks perpaduan nasional,” tegasnya.

Dalam pada itu, katanya, beliau secara peribadi sentiasa menyokong sebarang usaha yang mampu membawa kepada penyatuan rakyat dan memperkukuh perpaduan nasional.

“Secara peribadi, saya sentiasa menyokong segala usaha yang boleh membawa kepada penyatuan rakyat dan penyatuan nasional.

“Sebarang perpecahan hanya akan merugikan dan melemahkan negara, maka, sudah tiba masanya pemimpin-pemimpin politik tumpu kepada kepentingan rakyat dan negara,” jelasnya.

Tambah beliau, pemimpin politik juga perlu mengelakkan daripada terlalu ghairah berpolitik sehingga dilihat hanya mengejar jawatan atau kepentingan peribadi.

“Pemimpin politik jangan asyik berpolitik dan dilihat hanya nak mengejar jawatan atau menjaga kepentingan diri. Rakyat semakin peka terhadap perkembangan semasa dan boleh menilai sendiri melalui sumber media, khususnya golongan muda.

“Golongan muda akan menjadi penentu dan pengundi kategori bawah 40 tahun merupakan katergori kumpulan yang terbesar menjelang PRU-16. 

“Kumpulan ini kebanyakan berpelajaran, golongan bekerja, dan peka terhadap isu-isu semasa. BN perlu memberi fokus terhadap kumpulan ini sekiranya mahu kembali menjadi dominan,” ujarnya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author