Connect with us

Terkini

Mufti Perlis gesa pihak berkuasa siasat pengaruh Hindutva di rumah ibadat

Published

on

Foto: Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin.
  • Menerusi satu hantaran di Facebook, Dr Maza berkata beliau bimbang ideologi ekstrem yang dikaitkan dengan gerakan tersebut di India mungkin mula beroperasi atau mempengaruhi pihak tertentu di Malaysia.
  • “Kita menuntut pihak berkuasa menyiasat latar anasir yang berada di rumah-rumah ibadat di negara ini. Kita bimbang tindakan ganas dan kejam serta anti-Islam yang ditunjukkan oleh mereka yang terpengaruh dengan gerakan HINDUTVA ini akan mencetuskan rusuhan yang besar dalam negara ini,” katanya.

KANGAR – Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyuarakan kebimbangan terhadap kemungkinan kemunculan pengaruh gerakan Hindutva di Malaysia yang didakwa berpotensi mencetuskan ketegangan agama serta mengancam keselamatan negara.

Menerusi satu hantaran di Facebook, Dr Maza berkata beliau bimbang ideologi ekstrem yang dikaitkan dengan gerakan tersebut di India mungkin mula beroperasi atau mempengaruhi pihak tertentu di Malaysia.

Menurutnya, gerakan Hindutva di India sering dikaitkan dengan tindakan keganasan terhadap komuniti Muslim termasuk pembunuhan, pembakaran serta serangan fizikal yang kejam, sekali gus menimbulkan kebimbangan jika ideologi yang sama mula merebak ke negara ini.

Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh terhadap kemungkinan wujudnya anasir yang terpengaruh dengan ideologi tersebut, termasuk meneliti latar belakang kumpulan atau individu yang berada di rumah-rumah ibadat.

“Kita menuntut pihak berkuasa menyiasat latar anasir yang berada di rumah-rumah ibadat di negara ini. Kita bimbang tindakan ganas dan kejam serta anti-Islam yang ditunjukkan oleh mereka yang terpengaruh dengan gerakan HINDUTVA ini akan mencetuskan rusuhan yang besar dalam negara ini,” katanya.

Beliau menegaskan bahawa isu tersebut bukan sekadar melibatkan sensitiviti agama, tetapi turut berkait rapat dengan keselamatan negara.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author