Terkini
Dakwaan plot zionis cuba guling kerajaan MADANI tidak masuk akal – Zaid Ibrahim
- Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau mempersoalkan logik di sebalik dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa kerajaan sedia ada merupakan antara kerajaan Malaysia yang paling rapat dengan Amerika Syarikat sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
- “Komplot Zionis untuk jatuhkan kerajaan ini? Usah jadi bodoh. Perkara itu mustahil. Kerajaan MADANI ini merupakan kerajaan yang paling rapat dengan Amerika Syarikat berbanding semua kerajaan terdahulu sejak Merdeka,” tulis beliau dalam hantaran tersebut.
KUALA LUMPUR – Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang), Zaid Ibrahim menolak dakwaan kononnya wujud “plot Zionis” untuk menjatuhkan kerajaan MADANI, sambil menyifatkan naratif tersebut sebagai tidak masuk akal.
Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau mempersoalkan logik di sebalik dakwaan tersebut dengan menyatakan bahawa kerajaan sedia ada merupakan antara kerajaan Malaysia yang paling rapat dengan Amerika Syarikat sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957.
Menurutnya, jika benar dakwaan bahawa Amerika Syarikat merupakan “ibu pejabat Zionis” atau proksi kepada Israel seperti yang sering didakwa oleh sebahagian pihak, maka tidak masuk akal bagi kumpulan tersebut untuk menjatuhkan kerajaan yang dianggap paling rapat dengan Washington.
“Komplot Zionis untuk jatuhkan kerajaan ini? Usah jadi bodoh. Perkara itu mustahil. Kerajaan MADANI ini merupakan kerajaan yang paling rapat dengan Amerika Syarikat berbanding semua kerajaan terdahulu sejak Merdeka,” tulis beliau dalam hantaran tersebut.
Kenyataan beliau itu dilihat sebagai reaksi terhadap perbincangan yang semakin hangat di media sosial mengenai dakwaan wujudnya campur tangan pihak luar dalam politik domestik Malaysia.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini mendedahkan cubaan menjatuhkan kerajaan yang kini dalam siasatan polis bukan hanya membabitkan pihak luar negara yang bersekongkol dengan warga tempatan, malah pembabitan secara langsung kelompok Zionis terkemuka.
Perdana Menteri berkata, semua pihak perlu memberi sedikit lagi masa untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) melengkapkan siasatannya, sebelum maklumat itu dapat dikongsi kepada umum, jika bersesuaian termasuk kepada Ahli Parlimen.-The Merdeka Times