Connect with us

Terkini

Gesa tangkap Firdaus Wong, Zamri Vinoth – PPP sudah tidak relevan

Published

on

Foto: Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung.
  • Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menyifatkan Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) semakin tidak relevan dalam landskap politik negara, apabila mendesak polis segera bertindak dengan menahan, menyiasat dan mendakwa beliau serta Zamri Vinoth.
  • Menurutnya, kenyataan pemimpin PPP yang didakwa mahu mengambil tindakan terhadap pihak yang mempertahankan undang-undang juga menimbulkan persoalan.
  • “Yang ceroboh dan buat kuil haram kamu jadi syaitan bisu ke? Yang mempertahankan undang-undang pula kamu nak polis ambil tindakan?” soalnya.

KUALA LUMPUR – Pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hung menyifatkan Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) semakin tidak relevan dalam lanskap politik negara, apabila mendesak polis segera bertindak dengan menahan, menyiasat dan mendakwa beliau serta Zamri Vinoth.

Beliau berkata, ramai rakyat hanya mengingati nama bekas Presiden parti itu, M. Kayveas, namun tidak mengetahui siapa yang menerajui PPP ketika ini.

Menurutnya, kenyataan pemimpin PPP yang didakwa mahu mengambil tindakan terhadap pihak yang mempertahankan undang-undang juga menimbulkan persoalan.

“Pati Progresif Penduduk (PPP), kamu dah tak relevan. Memori saya hanya ingat nama Presiden dulu, M. Kayveas. Presiden sekarang kalau tiada berita ini pun saya tak tahu kewujudan kamu dan PPP masih ada.

“Nak ugut dan turun ke jalanan? Nak suruh polis ambil tindakan terhadap kami kerana ingin mendaulatkan undang-undang? Kelakar pula cara fikir PPP ini,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Tambahnya, beliau turut mempersoalkan pendirian parti itu yang didakwanya mahu tindakan diambil terhadap pihak yang memperjuangkan pematuhan undang-undang, sedangkan isu pencerobohan tanah serta pembinaan rumah ibadat secara haram seolah-olah tidak diberi perhatian oleh parti berkenaan.

“Kalau yang ingin daulatkan undang-undang perlu ditahan, macam mana dengan penceroboh dan pembina kuil haram?

“Yang ceroboh dan buat kuil haram kamu jadi syaitan bisu ke? Yang mempertahankan undang-undang pula kamu nak polis ambil tindakan?” soalnya.

Menurutnya, kenyataan yang dikeluarkan PPP dilihat sekadar cubaan untuk menarik perhatian serta menunjukkan kewujudan parti itu kepada masyarakat.

“PPP. Tak payah ugut ugut. Turun je la. Saja bikin gempak bagitau orang lain, ‘Hey, PPP masih ada tau! Ni kami ada buat bising sikit.’

“Berapa kerusi kamu menang ya Pilihan Raya Umum (PRU) lepas? Cuba nak jadi relevan kembali? Berapa ramai kenal atau masih ingat PPP ya? Kesian PPP,” tegasnya.

Terdahulu, media melaporkan Parti Progresif Penduduk (PPP) mendesak polis segera bertindak dengan menahan, menyiasat dan mendakwa pendakwah bebas, Zamri Vinoth serta Firdaus Wong atas tindakannya yang didakwa cuba menimbulkan ketakutan jenayah dalam masyarakat.

Presiden PPP, Datuk Dr Loga Bala Mohan berkata, pihaknya memberi tempoh singkat kepada pihak berkuasa untuk mengambil tindakan, namun jika gagal, mereka akan turun ke jalanan untuk mengadakan protes bantahan. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author