Connect with us

Terkini

Serangan Aramco bukan kerja kami, Ia operasi Israel – Iran

Published

on

Foto: Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
  • Sumber ketenteraan Iran mendakwa serangan terhadap kemudahan Aramco itu sebenarnya dilakukan oleh Israel sebagai sebahagian daripada strategi untuk mengelirukan negara-negara di rantau tersebut.
  • “Iran secara terbuka telah menyatakan bahawa ia akan menyasarkan semua kepentingan, kemudahan dan asset Amerika Syarikat serta Israel di rantau ini, dan beberapa daripadanya telah pun diserang. Namun setakat ini kemudahan Aramco bukanlah antara sasaran serangan Iran,” kata sumber itu seperti dipetik agensi berkenaan.
  • Sumber sama turut mendakwa Israel mungkin merancang operasi “false flag” lain yang berpotensi menyasarkan pelabuhan Port of Fujairah di Emiriah Arab Bersatu sebagai sasaran seterusnya.

Iran tegas mendakwa Israel bertanggungjawab di sebalik serangan dron yang menyasarkan kemudahan milik gergasi minyak Saudi Aramco di Arab Saudi, sambil menyifatkan insiden itu sebagai operasi “false flag” yang bertujuan mengalih perhatian daripada serangan Israel terhadap sasaran awam di Iran.

Menurut laporan Tasnim News Agency, seorang sumber ketenteraan Iran mendakwa serangan terhadap kemudahan Aramco itu sebenarnya dilakukan oleh Israel sebagai sebahagian daripada strategi untuk mengelirukan negara-negara di rantau tersebut.

Sumber itu berkata tindakan tersebut bertujuan mengalihkan perhatian dunia daripada dakwaan serangan Israel terhadap kawasan awam di Iran, termasuk infrastruktur yang didakwa melibatkan orang awam.

“Iran secara terbuka telah menyatakan bahawa ia akan menyasarkan semua kepentingan, kemudahan dan asset Amerika Syarikat serta Israel di rantau ini, dan beberapa daripadanya telah pun diserang.

Namun setakat ini kemudahan Aramco bukanlah antara sasaran serangan Iran,” kata sumber itu seperti dipetik agensi berkenaan.

Sumber sama turut mendakwa bahawa Israel mungkin merancang operasi “false flag” lain yang berpotensi menyasarkan pelabuhan Port of Fujairah di Emiriah Arab Bersatu sebagai sasaran seterusnya.

Pada Isnin, sebuah kemudahan minyak Aramco di timur Arab Saudi dilaporkan diserang dron, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan infrastruktur tenaga di rantau Teluk.

Sumber yang dipetik oleh Reuters memaklumkan bahawa Saudi Aramco telah menutup sementara kilang penapisan minyaknya di Ras Tanura sebagai langkah berjaga-jaga selepas serangan dron tersebut.

Bagaimanapun, sumber berkenaan berkata keadaan di lokasi kejadian kini berada dalam keadaan terkawal.

Insiden tersebut berlaku ketika ketegangan geopolitik di Timur Tengah semakin memuncak susulan konflik ketenteraan yang berterusan antara Iran, Israel dan sekutu mereka di rantau tersebut.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author