Connect with us

Terkini

RUU had 10 tahun PM gagal dua undi, Anthony Loke seru pengundi kecam MP yang tidak hadir

Published

on

Foto: Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke.
  • Menurut Menteri Pengangkutan tersebut, bagi membolehkan pindaan Perlembagaan itu diluluskan, ia memerlukan sokongan dua pertiga atau sekurang-kurangnya 148 Ahli Parlimen yang hadir secara fizikal di Dewan Rakyat.
  • “Masyarakat sivil dan pengundi yang ingin melihat reformasi institusi dalam negara perlu mengecam dan mempersoalkan Ahli-Ahli Parlimen yang tidak hadir dan tidak menyokong pindaan ini termasuk blok pembangkang,” katanya dalam hantaran di Facebook.

KUALA LUMPUR – Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke, menyatakan rasa amat dukacita apabila Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan (Pindaan) 2026 yang bertujuan mengehadkan tempoh jawatan Perdana Menteri kepada maksimum 10 tahun gagal memperoleh sokongan dua pertiga Ahli Dewan Rakyat hari ini.

Menurut beliau yang juga Menteri Pengangkutan, bagi membolehkan pindaan Perlembagaan itu diluluskan, ia memerlukan sokongan dua pertiga atau sekurang-kurangnya 148 Ahli Parlimen yang hadir secara fizikal di Dewan Rakyat.

“Keputusan yang menyokong ialah 146 undi, iaitu kurang dua undi untuk mencapai majoriti dua pertiga,” jelasnya.

Beliau menegaskan bahawa DAP telah berusaha bersungguh-sungguh untuk merealisasikan agenda reformasi tersebut dengan memastikan kesemua 40 Ahli Parlimen parti itu hadir dan menyokong RUU berkenaan.

Anthony turut menyeru masyarakat sivil serta pengundi yang mahu melihat reformasi institusi dilaksanakan supaya mengecam dan mempersoalkan tindakan Ahli Parlimen yang tidak hadir serta tidak menyokong pindaan itu.

“Masyarakat sivil dan pengundi yang ingin melihat reformasi institusi dalam negara perlu mengecam dan mempersoalkan Ahli-Ahli Parlimen yang tidak hadir dan tidak menyokong pindaan ini termasuk blok pembangkang,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Terdahulu, Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, mengumumkan keputusan undi belah bahagian yang menyaksikan 146 Ahli Parlimen bersetuju, 32 tidak hadir dan 44 lagi tidak mengundi.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author