Connect with us

Terkini

Bekas Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad terkorban dalam serangan udara

Published

on

Foto: Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad.
  • Bekas Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad, dilaporkan terkorban dalam satu serangan udara di Tehran, lapor agensi berita rasmi ILNA pada Ahad menurut Agensi Berita Jerman (dpa).
  • Ahmadinejad, 69, terbunuh di kediamannya di timur Tehran bersama pengawal peribadinya, lapor ILNA.

TEHRAN — Bekas Presiden Iran Mahmoud Ahmadinejad, dilaporkan terkorban dalam satu serangan udara di Tehran, lapor agensi berita rasmi ILNA pada Ahad menurut Agensi Berita Jerman (dpa).

Ahmadinejad, 69, terbunuh di kediamannya di timur Tehran bersama pengawal peribadinya, lapor ILNA.

Sepanjang lapan tahun memegang jawatan dari 2005 hingga 2013, Ahmadinejad pada mulanya merupakan tokoh pilihan golongan ulama Syiah yang memerintah serta kumpulan pelampau dan konservatif di parlimen.

Bagaimanapun, menjelang akhir penggal perkhidmatannya, timbul keraguan terhadap dasar-dasar yang diperkenalkan beliau. Dasar nuklearnya telah menyebabkan Iran dikenakan pelbagai sekatan antarabangsa yang seterusnya membawa kepada krisis ekonomi.

Ahmadinejad turut menerima kritikan antarabangsa terutamanya berhubung kenyataan antiSemitik beliau. Semasa tempoh kepimpinannya, Iran dipulaukan di peringkat antarabangsa berikutan ancaman ketenteraan terhadap Israel serta penafian beliau terhadap peristiwa Holocaust.

Para penyokongnya mula menjauhkan diri daripada beliau, malah kumpulan pelampau juga menganggapnya sebagai tokoh yang kontroversi pada penghujung tempoh jawatannya.– BERNAMA-dpa

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author