Connect with us

Terkini

Polis siasat individu berpengaruh, media antarabangsa cuba jatuhkan kerajaan dan lakukan sabotaj

Published

on

Foto: Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail.
  • Polis sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapat cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara melibatkan seorang individu berpengaruh tempatan dengan sebuah agensi media antarabangsa.
  • “Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, iaitu dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, apabila disabitkan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga 20 tahun.” – Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menjalankan siasatan berhubung dakwaan terdapat cubaan untuk menjatuhkan kerajaan dan melakukan sabotaj terhadap kestabilan negara, melibatkan seorang individu berpengaruh tempatan dengan sebuah agensi media antarabangsa.

Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Khalid Ismail mengesahkan menerima laporan polis berhubung perkara itu semalam dan kini menjalankan siasatan terperinci.

Siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Bahagian Pendakwaan/Undang-Undang (D5), Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 124B Kanun Keseksaan, iaitu dengan apa-apa cara, secara langsung atau tidak langsung, melakukan aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen, apabila disabitkan hendaklah dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh dilanjutkan sehingga 20 tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Tambah beliau. masyarakat dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes sementara PDRM melengkapkan siasatan demi menghormati prinsip keadilan jenayah di negara ini. – The Merdeka Times.

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author