Connect with us

Terkini

Kerajaan tidak gopoh tamatkan ART, lindungi perdagangan dua hala bernilai RM367.5 bilion – PM Anwar

Published

on

Foto: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam memutuskan pendirian Malaysia berkaitan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
  • Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan terus memantau perkembangan mengenai ART oleh AS, tindakan susulan diambil oleh Presiden AS Donald Trump serta meneliti pelbagai aspek bagi melindungi kepentingan ekonomi dan perdagangan Malaysia.
  • “Kita akan terus pantau perkembangan ART ini kerana keputusan mahkamah agung AS masih belum muktamad dan kita tunggu pendirian kongres. Malah, Presiden Trump boleh menggunakan beberapa peruntukan undang-undang lain bagi mengekalkan tarif diputuskan sebelum ini,” katanya.

KUALA LUMPUR – Kerajaan tidak akan terburu-buru dalam memutuskan pendirian Malaysia berkaitan Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dengan Amerika Syarikat (AS), kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kerajaan akan terus memantau perkembangan mengenai ART oleh AS, tindakan susulan diambil oleh Presiden AS Donald Trump serta meneliti pelbagai aspek bagi melindungi kepentingan ekonomi dan perdagangan Malaysia.

“Kita akan terus pantau perkembangan ART ini kerana keputusan mahkamah agung AS masih belum muktamad dan kita tunggu pendirian kongres. Malah, Presiden Trump boleh menggunakan beberapa peruntukan undang-undang lain bagi mengekalkan tarif diputuskan sebelum ini,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa kerajaan perlu diberi ruang untuk meneliti perkembangan dan implikasi keputusan eksekutif AS, terutamanya ke atas hubungan dua hala Malaysia-AS yang bernilai RM367.5 bilion.

Anwar menjawab soalan Datuk Rosol Wahid (PN-Hulu Terengganu) berkenaan pendirian kerajaan terhadap keputusan mahkamah agung AS yang mengisytiharkan tarif yang dikenakan oleh Trump sebagai tidak sah. – BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author