Connect with us

Terkini

Wanita muslim diludah & diserang, Jenayah Anti-Islam di Australia melonjak 300 peratus

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Majlis Imam Kebangsaan Australia (Australian National Imams Council), badan yang mewakili imam, ulama dan pendakwah Islam di negara itu, menyatakan kebimbangan bahawa komuniti Muslim sedang disasarkan dan dipandang serong, malah secara tersirat dikaitkan dengan keganasan yang mereka tolak sekeras-kerasnya susulan insiden serangan di Bondi baru-baru ini.
  • Lebih membimbangkan, sebuah sekolah turut mencetuskan kemarahan awam apabila memuat naik gambar seorang pelajar perempuan Muslim yang cemerlang dengan keputusan 99.50 ATAR disertai kapsyen berunsur Islamofobia yang mempersoalkan sama ada terdapat “bom tersembunyi di bawah pakaiannya”.

SYDNEY — Komuniti Muslim di Australia berdepan peningkatan mendadak insiden kebencian anti-Islam, dengan laporan menunjukkan lonjakan sehingga 300 peratus dalam kes jenayah berasaskan kebencian di seluruh negara, sekali gus mencetuskan kebimbangan terhadap keselamatan serta kemungkinan tindak balas berbahaya terhadap umat Islam.

Menurut laporan media tempatan, pelbagai insiden serius telah direkodkan termasuk contengan kebencian, perbuatan keji melontar bangkai babi yang dikerat ke atas kubur di sebuah tanah perkuburan Islam, selain wanita Muslim diludah, dihina dan diugut secara terbuka di tempat awam.

Majlis Imam Kebangsaan Australia (Australian National Imams Council), badan yang mewakili imam, ulama dan pendakwah Islam di negara itu, menyatakan kebimbangan bahawa komuniti Muslim sedang disasarkan dan dipandang serong, malah secara tersirat dikaitkan dengan keganasan yang mereka tolak sekeras-kerasnya susulan insiden serangan di Bondi baru-baru ini.

Di Redfern, seorang wanita Muslim yang memakai hijab dilaporkan dilempar telur ketika dalam perjalanan ke tempat kerja sambil dihina dengan panggilan berunsur perkauman.

Dalam satu lagi kejadian di Leppington, seorang pekerja sokongan orang kurang upaya beragama Islam yang sedang membantu penumpang menaiki bas menjadi mangsa serangan apabila hijabnya direntap oleh sepasang individu berkulit putih.

Sementara itu di Revesby, beberapa lelaki Muslim yang mengedarkan risalah dan bahan penerangan mengenai Islam bagi membetulkan salah faham masyarakat telah dicaci dan diugut secara lisan dengan kata-kata kesat serta berunsur kebencian, termasuk desakan supaya mereka “dihantar pulang”.

Lebih membimbangkan, sebuah sekolah turut mencetuskan kemarahan awam apabila memuat naik gambar seorang pelajar perempuan Muslim yang cemerlang dengan keputusan 99.50 ATAR disertai kapsyen berunsur Islamofobia yang mempersoalkan sama ada terdapat “bom tersembunyi di bawah pakaiannya”.

Setakat ini, sekurang-kurangnya sembilan buah masjid dan pusat Islam di Australia telah melaporkan kejadian vandalisme atau insiden keselamatan serius sehingga memerlukan campur tangan pihak polis.

Keadaan itu memaksa rumah ibadat, sekolah dan pusat komuniti Islam beroperasi dalam suasana ketakutan serta kawalan keselamatan yang dipertingkatkan.

Majlis Imam Kebangsaan Australia menegaskan bahawa adalah tidak boleh diterima apabila jemaah masjid terpaksa hidup dalam ketakutan berterusan terhadap kemungkinan serangan ala Christchurch, dalam keadaan Islamofobia, ucapan kebencian dan ugutan keganasan semakin meningkat.

Menurut kenyataan itu, umat Islam di Australia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan tindakan penyerang bersendirian, namun tetap menjadi sasaran kemarahan dan tuduhan kolektif, sekali gus memburukkan lagi jurang persefahaman dan keharmonian dalam masyarakat berbilang kaum di negara berkenaan.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author