Connect with us

Terkini

‘UEC tidak hormati Perlembagaan Persekutuan’ – PUTRA

Published

on

Foto: Ketua Penerangan PUTRA, Shahrulufti Sharif
  • Ketua Penerangan PUTRA, Shahrulufti Sharif mengambil maklum satu perkongsian tular di media sosial yang melibatkan seorang graduan UEC yang memiliki kelulusan akademik tinggi, namun gagal berfikir secara matang serta tidak fasih berbahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara ini.
  • “Sebarang pengiktirafan rasmi terhadap UEC mesti berpandukan prinsip pendidikan kebangsaan, bukan semata-mata tekanan politik atau persepsi luar,” katanya.
  • Shahrulufti menegaskan, UEC tidak selaras dengan kurikulum kebangsaan, tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dan tidak menekankan aspek perpaduan nasional.

KUALA LUMPUR – Pengiktirafan rasmi terhadap Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) hanya wajar dipertimbangkan sekiranya sesuatu kelayakan itu menghormati Perlembagaan Persekutuan, dasar pendidikan negara serta identiti kebangsaan, tegas Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA).

Ketua Penerangan PUTRA, Shahrulufti Sharif mengambil maklum satu perkongsian tular di media sosial yang melibatkan seorang graduan UEC yang memiliki kelulusan akademik tinggi, namun gagal berfikir secara matang serta tidak fasih berbahasa Melayu, bahasa kebangsaan negara ini.

“Pengalaman ini mencerminkan isu yang lebih besar, kelulusan atas kertas tidak menjamin kefahaman terhadap nilai, budaya dan dasar negara. 

“Sebarang pengiktirafan rasmi terhadap UEC mesti berpandukan prinsip pendidikan kebangsaan, bukan semata-mata tekanan politik atau persepsi luar,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Shahrulufti menegaskan, UEC tidak selaras dengan kurikulum kebangsaan, tidak menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dan tidak menekankan aspek perpaduan nasional.

Selain itu, menurutnya, Malaysia Qualifications Agency (MQA) juga tidak mengiktiraf UEC sebagai kelayakan standard untuk kemasukan ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

“Pengiktirafan rasmi hanya wajar dipertimbangkan jika sesuatu kelayakan menghormati Perlembagaan, dasar pendidikan negara dan identiti kebangsaan,” tegasnya.

Dalam pada itu, beliau menyifatkan amat memalukan apabila terdapat pelajar Cina berkelulusan UEC yang tidak fasih berbahasa Melayu dalam pertuturan harian.

“Bagaimana mungkin kelulusan seperti ini mahu diiktiraf sebagai setaraf dengan sistem pendidikan negara?” soalnya. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author

Teruskan Membaca