Terkini
Dunia Palestin terbit e-komik kedua kisah perjuangan Yahya Sinwar
- Dunia Palestin memaklumkan bahawa e-komik ini membawa pembaca menelusuri kisah perjuangan Yahya Sinwar ketika beliau di dalam penjara Israel sehingga syahid di medan memimpin operasi Taufan al-Aqsa dalam bentuk ilustrasi yang menarik.
- Dunia Palestin turut mengajak orang ramai membaca e-komik ini bersama keluarga bagi memahami lebih mendalam kisah perjuangan Palestin.
Dunia Palestin melancarkan e-komik kedua bertajuk Yahya Sinwar: Pemimpin yang Syahid di Medan, yang mengisahkan perjalanan hidup pemimpin pejuang Palestin, al-Syahid Yahya Sinwar, berdasarkan penceritaan sahabat baiknya, Dr. Ma’mun Abu Amer.
Menerusi kenyataan pada Selasa, Dunia Palestin memaklumkan bahawa e-komik ini membawa pembaca menelusuri kisah perjuangan Yahya Sinwar ketika beliau di dalam penjara Israel sehingga syahid di medan memimpin operasi Taufan al-Aqsa dalam bentuk ilustrasi yang menarik.
“E-komik ini bertujuan untuk mendekatkan masyarakat, khususnya generasi muda dengan sejarah perjuangan rakyat Palestin melalui medium yang lebih interaktif”, menurut kenyataan itu.
Dunia Palestin turut mengajak orang ramai membaca e-komik ini bersama keluarga bagi memahami lebih mendalam kisah perjuangan Palestin.
E-komik Yahya Sinwar 2.0 ini boleh didapati melalui pautan duniapalestin.com atau bit.ly/komiksinwarsyahid. – The Merdeka Times
Dapatkan perkembangan terkini di Palestin secara pantas dan eksklusif dengan sertai telegram Dunia Palestin: t.me/duniapalestin