Terkini
Kafe hidang ‘bir halal’ di Arab Saudi cetus kontroversi
- Situasi itu menarik perhatian orang ramai yang berlumba-lumba untuk meminumnya, dan ia menimbulkan kritikan serta kontroversi yang meluas dalam negara.
- Kafe di Riyadh, ibu kota Arab Saudi, telah mewujudkan suasana yang menyerupai pub antarabangsa tetapi dengan sentuhan Saudi, di mana ia menyajikan bir tanpa alkohol, kacang tanah, serta skrin untuk menyiarkan perlawanan.
- Pelanggan juga dibenarkan merakam pengalaman mereka di kafe tersebut.
RIYADH – Tindakan sebuah kafe di Arab Saudi yang menawarkan bir tanpa alkohol telah mencetuskan pelbagai reaksi di negara itu.
Menurut Rokna, dalam satu laporan bertajuk ‘Kritikan dan kontroversi meluas di Arab Saudi berhubung bir halal’, menulis bahawa Arab Saudi sejak beberapa hari kebelakangan ini telah mencetuskan kekecohan akibat penyajian bir halal.
Situasi itu menarik perhatian orang ramai berlumba-lumba untuk meminumnya, dan perkara ini telah menimbulkan kritikan serta kontroversi yang meluas dalam negara.
Kafe di Riyadh, ibu kota Arab Saudi, telah mewujudkan suasana yang menyerupai pub antarabangsa tetapi dengan sentuhan Saudi, di mana ia menyajikan bir tanpa alkohol, kacang tanah, serta skrin untuk menyiarkan perlawanan.
Pelanggan juga dibenarkan merakam pengalaman mereka di kafe tersebut.
Seorang pemuda Saudi yang ditemui berkata perkara itu tidak mendatangkan masalah kepadanya.
“Saya tidak mempunyai sebarang masalah dengannya, tidak dengan rupanya, rasanya atau warnanya.
“Selagi peratusan alkoholnya sifar, ia adalah semula jadi, dan saya tidak mempunyai masalah dengannya,” katanya.
Pemandangan yang tidak biasa ini mencerminkan perubahan yang sedang dialami oleh masyarakat Saudi pada masa ini. – The Merdeka Times