Antarabangsa
Penulis Harry Potter dikecam aktivis transgender kerana biayai perkhidmatan khusus wanita
Gara-gara membiayai sebuah perkhidmatan kaunseling untuk wanita bekas mangsa keganasan seksual di Edinburgh, penulis buku terkenal JK Rowling dikecam aktivis transgender, demikian lapor Reduxx.

- JK Rowling dikecam aktivis transgender kerana membiayai Beira’s Place, sebuah kemudahan kaunseling mangsa keganasan seksual khusus wanita dan diterajui wanita.
- Aktivis transgender membuat spekulasi yang dasar mengecualikan lelaki di kemudahan itu akan menyebabkan wanita berketerampilan maskulin tidak akan diterima di situ.
- Rowling mengumumkan keputusannya itu menerusi Twitter pada 12 Disember lalu dan turut mendapat sokongan ramai terutamanya wanita.
Gara-gara membiayai sebuah perkhidmatan kaunseling untuk wanita bekas mangsa keganasan seksual di Edinburgh, penulis buku terkenal JK Rowling dikecam aktivis transgender, demikian lapor Reduxx.
Pada 12 Disember lalu, Rowling mengumumkan melalui Twitter bahawa dia membiayai Beira’s Place, sebuah kemudahan diterajui wanita dan memenuhi keperluan wanita yang pernah menjadi mangsa keganasan seksual.
Perkhidmatan itu akan memberikan sokongan, advokasi dan maklumat kepada wanita berumur 16 tahun ke atas.
Dalam temu bual eksklusif dengan kolumnis dan peguam bela hak wanita, Suzanne Moore tentang projek baharunya, Rowling menyatakan dia didorong pengalamannya sendiri berdepan keganasan seksual dan melihat jurang dalam sumber sedia ada yang menyediakan penjagaan khusus wanita.
Meskipun ramai yang menyokong tindakan Rowling, aktivis-aktivis transgender pula tampil memberi respon sebaliknya terhadap penulis buku bersiri terkenal Harry Potter itu.
Mereka mengutuk tindakan Rowling yang menyokong perkhidmatan yang dikhususkan untuk wanita sahaja itu.
Mereka membuat spekulasi yang dasar mengecualikan lelaki di kemudahan itu akan menyebabkan wanita berketerampilan maskulin tidak diterima di situ.
Sebelum ini, sebuah pusat perlindungan mangsa rogol Kanada, Vancouver Rape Relief dilucutkan pembiayaan oleh bandar Vancouver pada 2019 selepas enggan menukar dasar khusus wanita mereka.
Pusat itu dirosakkan dalam satu bantahan, dengan seekor tikus mati telah dipaku pada pintu pusat berkenaan oleh seorang aktivis transgender.
Kini, Vancouver Rape Relief juga menyatakan sokongan terhadap Beira’s Place.
Sumber: Reduxx
