Connect with us

Terkini

Trump rugi AS$1.1 bilion akibat saham syarikatnya menjunam

Published

on

Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump
  • Menurut Forbes, nilai kekayaan bersih pemimpin AS itu susut kepada AS$6.2 bilion, berbanding AS$7.3 bilion pada September tahun ini.
  • Menjelang September, kekayaan bersih Trump meningkat AS$3 bilion sejak awal tahun, menempatkannya di kedudukan ke-201 dalam senarai Forbes bagi 400 individu terkaya di AS, naik 118 tangga daripada senarai 2024, menurut majalah itu.
  • Peningkatan itu sebahagian besarnya disumbangkan oleh pelaburan keluarga Trump dalam mata wang kripto.

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump kerugian US$1.1 bilion sejak September akibat kejatuhan harga saham syarikatnya, Trump Media and Technology Group (TMTG), menurut Forbes.

Menurut penerbitan itu, nilai kekayaan bersih pemimpin AS itu susut kepada US$6.2 bilion, berbanding US$7.3 bilion pada September tahun ini, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Menjelang September, kekayaan bersih Trump meningkat sebanyak US$3 bilion sejak awal tahun, menempatkannya di kedudukan ke-201 dalam senarai Forbes bagi 400 individu terkaya di AS, naik 118 tangga daripada senarai 2024, menurut majalah itu.

Peningkatan itu sebahagian besarnya disumbangkan oleh pelaburan keluarga Trump dalam mata wang kripto.

Laporan berkenaan turut menyatakan yang presiden itu sebelum ini mengumumkan pemindahan pegangan sahamnya dalam TMTG, yang antara lain memiliki platform Truth Social, kepada sebuah dana amanah yang dikawal oleh anaknya, Donald Trump Jr. – BERNAMA-Agensi

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author