Connect with us

Terkini

Suku daripada syarikat swasta besar di UK jangka pemberhentian pekerja akibat AI – Laporan

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan.
  • Kajian itu turut menunjukkan bahawa dalam sektor kewangan, 37 peratus pengurus menjangka mereka dapat mengurangkan tenaga kerja dengan bantuan AI, diikuti 26 peratus dalam sektor teknologi maklumat (IT) dan 24 peratus dalam sektor perundangan serta perundingan.
  • Sebelum ini, satu kajian oleh bank British, Lloyds, mendapati lebih separuh rakyat UK menggunakan AI untuk mengurus kewangan mereka. Lebih satu pertiga pengguna menggunakan AI bagi mendapatkan cadangan pelaburan, satu perempat bagi pengurusan hutang, manakala 39 peratus memanfaatkannya untuk perancangan kewangan jangka panjang termasuk maklumat mengenai pencen.

Menurut laporan itu, sebanyak 26 peratus organisasi besar dalam sektor swasta dan 20 peratus majikan dalam sektor awam menjangka jumlah pekerja akan berkurangan dalam tempoh 12 bulan akan datang disebabkan penggunaan AI.

Kajian itu turut menunjukkan bahawa dalam sektor kewangan, 37 peratus pengurus menjangka mereka dapat mengurangkan tenaga kerja dengan bantuan AI, diikuti 26 peratus dalam sektor teknologi maklumat (IT) dan 24 peratus dalam sektor perundangan serta perundingan.

Tarikh kajian, bilangan responden dan margin ralat tidak dinyatakan.

Sebelum ini, satu kajian oleh bank British, Lloyds, mendapati lebih separuh rakyat UK menggunakan AI untuk mengurus kewangan mereka. Lebih satu pertiga pengguna menggunakan AI bagi mendapatkan cadangan pelaburan, satu perempat bagi pengurusan hutang, manakala 39 peratus memanfaatkannya untuk perancangan kewangan jangka panjang termasuk maklumat mengenai pencen. – BERNAMA-SPUTNIK/RIA NOVOSTI

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author