Connect with us

Antarabangsa

Mahkamah Agung AS akan mengundi keabsahan dasar tarif Trump

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Presiden Donald Trump berulang kali mendakwa bahawa dasar tarifnya telah menjadikan Amerika Syarikat sebagai negara terkaya di dunia.
  • Beliau juga berkata negara itu telah menerima lebih Us$200 bilion dalam bentuk “wang tarif” dan berjanji untuk meningkatkan jumlah itu kepada US$1 trilion setahun.
  • Trump turut memberi amaran bahawa sekiranya mahkamah memutuskan dasar tarifnya tidak sah, Amerika Syarikat akan terjejas dan ekonominya akan merudum.

WASHINGTON – Mahkamah Agung Amerika Syarikat dijadual mengundi pada Rabu mengenai keabsahan dasar tarif Presiden Donald Trump, bertepatan dengan ulang tahun pilihan raya 2024 yang membawa kepada penggal kedua pentadbirannya, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Trump berulang kali mendakwa bahawa dasar tarifnya telah menjadikan Amerika Syarikat sebagai negara terkaya di dunia.

Beliau juga berkata negara itu telah menerima lebih Us$200 bilion dalam bentuk “wang tarif” dan berjanji untuk meningkatkan jumlah itu kepada US$1 trilion setahun.

Beliau tidak akan menghadiri sesi terbabit kerana tidak mahu “mengalihkan perhatian daripada kepentingan keputusan ini.”

Trump turut memberi amaran bahawa sekiranya mahkamah memutuskan dasar tarifnya tidak sah, Amerika Syarikat akan terjejas dan ekonominya akan merudum. – BERNAMA

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author