Connect with us

Antarabangsa

Paderi Katolik di UK digantung tugas selepas ajak “Bom Masjid”

Published

on

Foto: Fr Mark Rowles, 57 tahun

 

  • Di Mahkamah Majistret Cardiff, Rowles mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan menghantar mesej berunsur ugutan dan menghina yang dilakukan antara Mei dan Jun 2024.
  • Menurut laporan mahkamah, Rowles menggunakan nama samaran “skinheadlad1488” dalam kumpulan Telegram dikenali sebagai Aryan Reich Killers, tempat dia memuat naik beberapa mesej menghasut kebencian dan menyeru tindakan ganas terhadap umat Islam serta kaum lain.
  • Antara mesej yang dikesan termasuk seruan untuk mengebom masjid dan cadangan bahawa orang tertentu patut digantung atau ditembak.

 

CARDIFF – Seorang paderi Katolik di Cardiff, United Kingdom, telah digantung daripada tugas selepas mengaku bersalah menghantar mesej berunsur ugutan dan perkauman dalam satu kumpulan sembang dalam talian berhaluan neo-Nazi.

Paderi berkenaan, Fr Mark Rowles, 57 tahun, yang berkhidmat di Gereja Katolik St John Lloyd di Rumney, kini disiasat oleh pihak Gereja Katolik Wales berhubung perbuatannya dan telah digantung sementara daripada menjalankan tugas keagamaan.

Menurut laporan mahkamah, Rowles menggunakan nama samaran “skinheadlad1488” dalam kumpulan Telegram dikenali sebagai Aryan Reich Killers, tempat dia memuat naik beberapa mesej menghasut kebencian dan menyeru tindakan ganas terhadap umat Islam serta kaum lain.

Antara mesej yang dikesan termasuk seruan untuk mengebom masjid dan cadangan bahawa orang tertentu patut digantung atau ditembak.

Di Mahkamah Majistret Cardiff, Rowles mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan menghantar mesej berunsur ugutan dan menghina yang dilakukan antara Mei dan Jun 2024.

Hakim menjatuhkan perintah komuniti selama 12 bulan, mewajibkannya menjalani 150 jam khidmat masyarakat dan membayar £199 kos mahkamah.

Beliau turut dikenakan Perintah Tingkah Laku Jenayah selama tiga tahun (Criminal Behaviour Order) bagi mengawal aktiviti dalam talian serta interaksi awamnya.

Pihak pendakwa menegaskan bahawa mesej Rowles bersifat penuh kebencian dan jelas menghasut keganasan terhadap individu berlainan bangsa dan agama.

Dalam siasatan polis, Rowles mendakwa dirinya bukan seorang perkauman dan menyertai kumpulan sembang ekstremis itu kerana berasa sunyi serta tertarik dengan elemen “lakonan peranan” (role play) dalam talian.

Namun, pihak berkuasa tetap memandang serius perbuatannya, terutama memandangkan statusnya sebagai pemimpin agama yang sepatutnya menunjukkan teladan moral kepada masyarakat.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author