Connect with us

Antarabangsa

Israel sekat sayur dan daging, Banjiri Gaza dengan produk tinggi kalori

Published

on

Foto: Kesengsaraan rakyat Gaza.
  • “Makanan yang dibenarkan masuk ke Gaza kebanyakannya adalah makanan diproses, tinggi kalori tetapi rendah nutrisi. Sementara makanan asas seperti sayur-sayuran segar, buah-buahan, daging, tenusu, telur dan bijirin masih dihalang,” – Dr Ismail Al-Thawabta, Pengarah Pejabat Media Kerajaan Gaza
  • Beliau menjelaskan bahawa dasar tersebut tidak membantu keselamatan makanan atau kesihatan awam, sebaliknya menambah kadar kelaparan dan kekurangan zat kronik, terutama dalam kalangan kanak-kanak, wanita dan warga emas.

 

GAZA – Pihak berkuasa Israel didakwa terus mengawal dan memanipulasi bekalan makanan ke Semenanjung Gaza, dengan hanya membenarkan kemasukan makanan berkalori tinggi tetapi rendah nilai nutrisi, sekali gus memperburuk krisis kebuluran yang sedang melanda wilayah itu.

Menurut Dr Ismail Al-Thawabta, Pengarah Pejabat Media Kerajaan Gaza, dasar Israel itu merupakan satu bentuk “kebuluran sistematik” yang menjadikan makanan sebagai alat tekanan politik dan kemanusiaan.

“Makanan yang dibenarkan masuk ke Gaza kebanyakannya adalah makanan diproses, tinggi kalori tetapi rendah nutrisi. Sementara makanan asas seperti sayur-sayuran segar, buah-buahan, daging, tenusu, telur dan bijirin masih dihalang,” katanya kepada Quds News Network (QNN).

Beliau menjelaskan bahawa dasar tersebut tidak membantu keselamatan makanan atau kesihatan awam, sebaliknya menambah kadar kelaparan dan kekurangan zat kronik, terutama dalam kalangan kanak-kanak, wanita dan warga emas.

“Tindakan ini jelas melanggar undang-undang kemanusiaan antarabangsa dan Konvensyen Geneva yang melarang mana-mana pihak daripada menafikan hak orang awam terhadap makanan dan ubat-ubatan,” tegasnya.

Antara 10 hingga 31 Oktober 2025, hanya 3,203 lori dibenarkan memasuki Gaza, termasuk 2,564 lori bantuan kemanusiaan dan 639 lori komersial, jauh lebih rendah daripada 600 lori sehari yang dipersetujui dalam perjanjian rasmi.

Jumlah itu hanya mewakili 24 peratus daripada kadar sepatutnya.

Dr Al-Thawabta menegaskan bahawa isu sebenar bukan sekadar jumlah lori, tetapi kandungannya.

“Sebahagian besar lori membawa barangan tidak penting seperti kopi, minuman ringan, coklat dan snek kering. Sedangkan bekalan penting seperti ubat-ubatan, bahan api, bahan binaan dan peralatan kesihatan disekat ketat,” katanya.

Sepanjang tempoh itu, hanya 115 lori bahan api dibenarkan masuk iaitu sekitar 10 peratus daripada keperluan sebenar 1,100 lori. Lebih membimbangkan, hanya empat lori membawa bekalan perubatan berjaya melepasi sekatan.

“Israel memilih untuk membenarkan barang yang tidak menyokong kehidupan, sementara menghalang barangan asas yang boleh menyelamatkan nyawa. Pasaran mungkin kelihatan hidup, tetapi hakikatnya sekatan masih menjerut rakyat Gaza,” jelas beliau lagi.

Walaupun perjanjian gencatan senjata terkini menetapkan agar bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk tanpa halangan, Israel dilaporkan terus melengah-lengahkan kemasukan barangan penting.

Penduduk Gaza mengadu sekatan itu masih berkuat kuasa dan menyukarkan mereka mendapatkan makanan serta ubat-ubatan.

Pada Ogos lalu, Integrated Food Phase Classification (IPC) mengesahkan bahawa Gaza kini berhadapan “kebuluran buatan manusia yang dicipta oleh Israel.”

Menjelang akhir Oktober, sebanyak 447 kematian akibat kekurangan zat makanan telah direkodkan, termasuk 147 kanak-kanak.

“Ini bukan lagi soal politik. Ini adalah kezaliman terhadap manusia yang kelaparan,” kata Dr Al-Thawabta, menyimpulkan keadaan di Gaza sebagai“krisis kemanusiaan yang disengajakan.”-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author