Terkini
(VIDEO) 5 ditembak mati militan RSF selepas diejek, dituduh bawa masuk makanan
- Sebuah video mengerikan menunjukkan militan RSF menembak lima lelaki tidak bersenjata yang dituduh membawa masuk tepung, pasta dan beras untuk memberi makan kepada keluarga yang kebuluran akibat kepungan.
- Dalam rakaman itu, salah seorang militan kedengaran mengejek mereka sebelum memberi amaran kepada sesiapa yang cuba menghantar bantuan kemanusiaan ke bandar tersebut.
Pasukan Sokongan Pantas (RSF) yang disokong Emiriah Arab Bersatu (UAE) didakwa menembak mati sekumpulan lima orang awam kerana menyeludup makanan ke dalam bandar El-Fashir yang sedang dikepung di Darfur Utara, Sudan.
Sebuah video mengerikan yang dikongsi Doa Muslims menunjukkan militan RSF menembak lelaki tidak bersenjata yang dituduh membawa masuk tepung, pasta dan beras untuk memberi makan kepada keluarga yang kebuluran akibat kepungan.
Dalam rakaman itu, salah seorang militan kedengaran mengejek mereka sebelum memberi amaran kepada sesiapa yang cuba menghantar bantuan kemanusiaan ke bandar tersebut.
Selama berbulan-bulan, El-Fashir berada di bawah kepungan paling dahsyat sejak perang bermula, memaksa penduduk awam makan makanan haiwan dan rumput selepas pasukan RSF menghalang kemasukan semua bekalan makanan, air dan ubat-ubatan. – The Merdeka Times