Connect with us

Antarabangsa

White House akui jentolak Israel punca letupan, Bukan Hamas

Published

on

Foto: Presiden AS, Donald Trump

 

  • Laporan baharu dari Washington mendakwa White House dan Pentagon sudah tahu letupan Rafah bukan serangan Hamas.
  • Ia berpunca daripada jentolak Israel yang mengenai bahan letupan tidak meletup (UXO).
  • Namun, Netanyahu tetap menuduh Hamas dan cuba menyekat bantuan ke Gaza.

 

WASHINGTON — Rumah Putih dan Pentagon dilaporkan telah mengetahui bahawa letupan di Rafah sebenarnya berpunca daripada jentolak milik peneroka Israel yang melanggar bahan letupan tidak meletup (UXO), dan bukannya serangan daripada pejuang Hamas seperti yang didakwa Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu.

Menurut laporan wartawan Ryan Grim dari Drop Site, pegawai Amerika Syarikat dimaklumkan sejurus selepas insiden itu bahawa letupan berlaku akibat jentolak yang dikendalikan peneroka Israel mengenai UXO, bukan hasil operasi Hamas.

Namun, Netanyahu tetap menuduh Hamas secara terbuka dan mengumumkan larangan kemasukan bantuan ke Gaza sebagai tindak balas.

Sumber yang dipetik Grim berkata, selepas pentadbiran AS mengemukakan dapatan sebenar kepada pihak Israel, Netanyahu akhirnya menarik balik kenyataan awal dan mengumumkan bahawa lintasan sempadan akan dibuka semula dalam tempoh beberapa jam.

Pentagon turut dilaporkan mencapai kesimpulan yang sama seperti Rumah Putih.

Wartawan The American Conservative, Curt Mills, turut memetik kenyataan seorang pegawai kanan pentadbiran AS yang mengesahkan Hamas tidak melakukan apa-apa.

“Hamas tidak melakukan apa-apa. Sebuah kereta kebal Israel telah mengenai alat letupan yang tidak meletup (IED) yang mungkin telah berada di situ selama berbulan-bulan,” jelasnya.

Pendedahan ini menambah ketegangan terhadap situasi rapuh di Gaza ketika ini.

Beberapa jam selepas insiden Rafah, Israel melancarkan siri serangan udara ke seluruh wilayah itu, mengorbankan sekurang-kurangnya 15 orang awam termasuk seorang wartawan  kononnya bagi membalas serangan yang kini terbukti tidak berpunca daripada Hamas.

Pemerhati antarabangsa berpendapat Israel sedang berusaha mencetuskan semula kitaran keganasan baharu, meskipun satu perjanjian gencatan senjata telah ditandatangani di Sharm el-Sheikh awal bulan ini.

Serangan terbaharu ke atas kawasan awam menimbulkan kebimbangan bahawa Israel sengaja mahu menggagalkan gencatan senjata dan mengekalkan tekanan ketenteraan terhadap Gaza.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author