Connect with us

Antarabangsa

Keluarga Dughmush dan Abu Shabab tidak pernah jadi sebahagian daripada Hamas – Penganalisis Politik Palestin

Published

on

Foto: Menurut penganalisis politik Palestin, Mohamed Abo Oun
  • Menurut penganalisis politik Palestin, Mohamed Abo Oun tuduhan bahawa keluarga Dughmush dan kumpulan berkaitannya menjadi sebahagian daripada barisan penentangan adalah tidak berasas dan bersifat mengelirukan.
  • “Abu Shabab serta individu-individu korup, pembunuh dan pengkhianat itu tidak pernah bersama Hamas dan bukan sebahagian daripada barisan penentangan,” tegas beliau.

GAZA — Penganalisis politik Palestin, Mohamed Abo Oun menegaskan bahawa keluarga Dughmush dan pengasasnya bukanlah pengasas mahupun anggota Hamas, sebaliknya hanya sebahagian daripada kumpulan organisasi penentangan yang wujud sebelum Hamas mengambil alih pentadbiran Gaza.

Menurut penganalisis tersebut, tuduhan bahawa keluarga Dughmush dan kumpulan berkaitannya menjadi sebahagian daripada barisan penentangan adalah tidak berasas dan bersifat mengelirukan.

“Abu Shabab serta individu-individu korup, pembunuh dan pengkhianat itu tidak pernah bersama Hamas dan bukan sebahagian daripada barisan penentangan,” tegas beliau.

Beliau menjelaskan, sejak sebelum era pemerintahan Hamas lagi, sebahagian ahli keluarga Dughmush dikenal pasti terlibat dalam kegiatan haram termasuk penyeludupan senjata dan jenayah terancang, malah pernah mencabar pihak berkuasa tempatan.

Selepas Hamas mengambil alih Gaza, tindakan ketenteraan diambil untuk menamatkan kegiatan pemberontakan yang dilakukan oleh segelintir individu daripada keluarga berkenaan, bukan keseluruhannya.

“Langkah itu bertujuan menghapuskan elemen rasuah dan pengkhianatan dalam masyarakat Gaza, bukan menghukum keseluruhan keluarga,” katanya lagi.

Penganalisis itu turut mendakwa bahawa dalam perang semasa, beberapa individu pemberontak dari klan berkenaan kembali aktif serta menjalin kerjasama dengan Israel, bahkan dilindungi oleh tentera rejim Zionis.

“Israel melindungi kumpulan ini dan menyerang mana-mana pihak tempatan yang cuba menghampiri atau menggugat mereka. Mereka bukan pejuang kemerdekaan Palestin, tetapi pengkhianat yang memperalatkan penderitaan rakyat,” ujarnya.

Menurut beliau lagi, keluarga Abu Shabab sendiri kini menolak serta mengutuk perbuatan pengasasnya yang bersekongkol dengan Israel, malah mengakui kebusukan dan jenayah yang dilakukan.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author