Terkini
Askar Israel: ‘Hamas layan baik, beri kitab Taurat’
- Askar tersebut, Matan Angrest, berkata selepas dibebaskan, bahawa beliau telah meminta penculiknya membawakan tefillin (kotak kulit kecil yang dipakai di dahi semasa berdoa), siddur (buku doa), dan Taurat.
- Beliau menambah Hamas telah memberikan barangan yang dimintanya, yang diperoleh daripada tempat-tempat di mana tentera Israel pernah berada di Gaza.
- Angrest menjelaskan bahawa beliau menunaikan sembahyang tiga kali sehari di dalam terowong dan terselamat daripada beberapa serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan tempat beliau ditahan.
BAITULMAQDIS – Seorang askar Israel yang dibebaskan oleh Hamas berkata kumpulan pejuang itu telah memenuhi permintaannya untuk menyediakan barangan ibadat Yahudi dan salinan Taurat semasa beliau ditahan di Gaza.
Askar tersebut, Matan Angrest, berkata selepas dibebaskan, bahawa beliau telah meminta penculiknya membawakan tefillin (kotak kulit kecil yang dipakai di dahi semasa berdoa), siddur (buku doa), dan Taurat.
Angrest mendedahkan perkara itu dalam satu temubual pertamanya di saluran 13 TV Israel yang dilaporkan Middle East Monitor.
Beliau menambah Hamas telah memberikan barangan yang dimintanya, yang diperoleh daripada tempat-tempat di mana tentera Israel pernah berada di Gaza.
Angrest menjelaskan bahawa beliau menunaikan sembahyang tiga kali sehari di dalam terowong dan terselamat daripada beberapa serangan udara Israel yang menyasarkan kawasan tempat beliau ditahan.
Hamas berulang kali menyatakan bahawa mereka berusaha sedaya upaya untuk melindungi nyawa para tahanan, sambil memberi amaran bahawa pengeboman Israel yang sengit dan tidak mengenal sasaran menimbulkan ancaman serius terhadap mereka.
Kisah askar mengenai layanan yang diterimanya semasa dalam tahanan sangat berbeza dengan laporan daripada organisasi hak asasi manusia yang menggambarkan keadaan sukar yang dihadapi oleh tahanan Palestin di penjara Israel, termasuk penyeksaan, pengabaian perubatan, dan layanan buruk. – The Merdeka Times