Connect with us

Terkini

Hamas selesai bebaskan semua 20 tahanan Israel yang masih hidup di Semenanjung Gaza

Published

on

Foto: Pembebasan 20 tahanan Israel yang masih hidup.
  • Tahanan berkenaan diserahkan kepada pasukan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dalam dua kumpulan di Semenanjung Gaza.
  • Sebagai pertukaran kepada pembebasan tahanan Israel itu, seramai 1,968 tahanan Palestin termasuk 250 yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup akan dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas.

ISTANBUL – Sayap tentera pergerakan Hamas, Briged Al-Qassam, pada Isnin telah menyempurnakan pembebasan 20 tahanan Israel yang masih hidup, lapor Anadolu Ajansi.

Tahanan berkenaan diserahkan kepada pasukan Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) dalam dua kumpulan di Semenanjung Gaza.

Sebagai pertukaran kepada pembebasan tahanan Israel itu, seramai 1,968 tahanan Palestin termasuk 250 yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup akan dibebaskan di bawah perjanjian gencatan senjata antara Israel dan Hamas. – BERNAMA-ANADOLU

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author