Connect with us

Terkini

Masjid UK diserang, dibaling bom api

Published

on

Foto: Lokasi kebakaran di Masjid Peacehaven.
  • Dalam sebuah video yang didedahkan, beberapa lelaki bertopeng dilihat cuba memasuki premis tersebut dan menyalakan api ketika terdapat orang di dalam bangunan lewat malam Sabtu.
  • Sebuah kenderaan milik salah seorang pemegang amanah masjid yang diletakkan di luar turut dibakar dan musnah dalam kejadian itu, yang dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).
  • “Kami rasa ia mungkin lebih daripada sekadar insiden jenayah kebencian. Polis sedang menyiasat dan saya tidak mahu mengulas lanjut buat masa ini,” kata seorang pemegang amanah masjid.

EAST SUSSEX – Sebuah masjid di selatan England diserang dan polis mengklasifikasikan insiden itu sebagai pembakaran sengaja dan melibatkan jenayah kebencian.

Dalam sebuah video yang didedahkan, beberapa lelaki bertopeng dilihat cuba memasuki premis tersebut dan menyalakan api ketika terdapat orang di dalam bangunan lewat malam Sabtu.

Pasukan kecemasan dipanggil ke lokasi kebakaran di Masjid Peacehaven, kira-kira jam 9.50 malam, tidak lama selepas jemaah selesai menunaikan solat Isyak.

Bercakap kepada media pada Ahad di luar masjid di pesisir selatan UK itu, seorang pemegang amanah masjid berkata komuniti tempatan berada dalam keadaan terkejut dan trauma akibat serangan tersebut.

“Ia sememangnya berkaitan dengan jenayah kebencian. Api sempat merebak ke bahagian utama bangunan berhampiran ruang solat,” katanya.

Sebuah kenderaan milik salah seorang pemegang amanah masjid yang diletakkan di luar turut dibakar dan musnah dalam kejadian itu, yang dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV).

“Kami rasa ia mungkin lebih daripada sekadar insiden jenayah kebencian. Polis sedang menyiasat dan saya tidak mahu mengulas lanjut buat masa ini.”

“Orang di dalam sempat menghidu bau asap dan keluar tepat pada waktunya sebelum letupan besar berlaku,” kata seorang lagi pemegang amanah yang enggan dikenali.

Polis menutup kawasan sekitar dan beberapa anggota masih berkawal di luar masjid pada Ahad ketika Middle East Eye melaporkan dari lokasi kejadian.

Forum Muslim Brighton dan Hove dalam kenyataan berkata pihaknya amat sedih, terkejut, dan mengutuk sekeras-kerasnya serangan pembakaran yang disyaki ke atas masjid di Peacehaven, East Sussex pada malam Sabtu, yang kini disiasat oleh Polis Sussex sebagai jenayah kebencian.

“Kami lega kerana walaupun terdapat kerosakan pada pintu masuk utama dan sebuah kenderaan, individu di dalam berjaya menyelamatkan diri tanpa kecederaan fizikal.

“Kami sepenuhnya menyokong kenyataan sukarelawan yang menegaskan bahawa insiden ini boleh menjadi tragedi yang jauh lebih besar.

“Seluruh premis rosak hingga ke ruang solat. Kami bimbang jemaah tidak dapat beribadah,” kata seorang pemegang amanah, sambil menjelaskan tiada masjid besar lain berhampiran kawasan itu. – The Merdeka Times.

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author