Connect with us

Terkini

Trump kepada Netanyahu: “Kau ni selalu sangat negatif!”

Published

on

Foto: Presiden AS, Donald Trump (kiri) dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (kanan).
  • “Bibi (Netanyahu) beritahu Trump bahawa tiada apa yang perlu diraikan dan bahawa ia tidak membawa makna apa-apa,” kata seorang pegawai AS yang mengetahui isi perbualan tersebut.
  • Trump yang tidak berpuas hati dengan reaksi itu membalas dengan nada kasar. “Aku tak faham kenapa kau ni selalu sangat negatif. Ini satu kemenangan. Terimalah,” kata Trump kepada Netanyahu, menurut pegawai berkenaan.

 

WASHINGTON – Ketegangan tercetus antara Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, dan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dalam satu panggilan telefon, apabila kedua-duanya berbeza pandangan mengenai respons Hamas terhadap cadangan pelan damai Gaza yang dikemukakan Trump.

Menurut laporan Axios, apabila Hamas memberi jawapan “ya” kepada cadangan itu, Trump melihatnya sebagai berita baik dan segera menghubungi Netanyahu untuk membincangkan langkah seterusnya.

Namun, Netanyahu dikatakan tidak sependapat.

“Bibi (Netanyahu) beritahu Trump bahawa tiada apa yang perlu diraikan dan bahawa ia tidak membawa makna apa-apa,” kata seorang pegawai AS yang mengetahui isi perbualan tersebut.

Trump yang tidak berpuas hati dengan reaksi itu membalas dengan nada kasar.

“Aku tak faham kenapa kau ni selalu sangat negatif. Ini satu kemenangan. Terimalah,” kata Trump kepada Netanyahu, menurut pegawai berkenaan.

Dalam kenyataan rasminya, Hamas menyatakan kesediaan untuk membebaskan semua tebusan yang masih ditahan sebagai pertukaran kepada pengunduran penuh tentera Israel dari Gaza serta penamatan perang.

Namun, kumpulan itu turut menuntut agar beberapa butiran penting dirunding semula.

Bagi Netanyahu, respons itu tidak lebih daripada satu bentuk penolakan halus terhadap pelan damai tersebut.

Seorang pegawai Israel memberitahu Axios bahawa Netanyahu mahu menyelaraskan respons dengan Washington bagi mengelakkan tanggapan bahawa Hamas telah memberi reaksi positif.

Trump pula memandangnya dari sudut berbeza.

“Trump sebenarnya bimbang Hamas akan menolak mentah-mentah cadangan itu,” kata seorang pegawai kanan AS.

“Jadi apabila mereka menunjukkan sedikit keterbukaan, beliau melihatnya sebagai peluang untuk membuka jalan ke arah perjanjian.”

Dalam temu bual ringkas bersama Axios, Trump berkata beliau melihat perbualan itu sebagai satu kejayaan walaupun bermula dengan ketegangan.

“Aku ok. Dia kena ok. Dia tak ada pilihan. Dengan aku, kau kena ok,” kata Trump merujuk kepada Netanyahu.

Tidak lama selepas panggilan tersebut, Trump mengeluarkan kenyataan awam menggesa Israel menghentikan serangan udara di Gaza. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author