Antarabangsa
Israel bayar ‘influencer’ RM30,000 satu post Pro-Israel
- Dengan jumlah hantaran yang dijangka antara 75 hingga 90 dalam tempoh tersebut, setiap influencer dianggarkan memperoleh antara $6,143 hingga $7,372 untuk satu hantaranmedia sosial.
- Bagaimanapun, dokumen tidak menyenaraikan identiti influencer yang terlibat. Havas Media Group juga tidak memberikan sebarang maklum balas apabila diminta mengulas mengenai projek itu.
TEL AVIV – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, mengakui dalam satu mesyuarat baru-baru ini bahawa pihaknya sedang giat menggunakan pengaruh media sosial untuk menyokong agenda pro-Israel.
Beliau menyebut kumpulan influencer sebagai sangat penting dalam usaha melawan naratif antarabangsa yang mengkritik Israel.
Menurut dokumen rasmi yang difailkan di bawah Foreign Agents Registration Act di Amerika Syarikat, influencer-influencer yang bekerja bagi pihak Israel dipercayai menerima bayaran sekitar $7,000 bagi setiap hantaran di TikTok dan Instagram.
Program itu dijalankan melalui syarikat Bridges Partners yang bekerja untuk Kementerian Luar Israel, dengan kerjasama Havas Media Group Jerman.
Dokumen tersebut menunjukkan bahawa bermula Jun hingga November, sejumlah $900,000 diperuntukkan bagi kempen yang dikenali sebagai “Influencer Campaign” melibatkan 14 hingga 18 orang influencer.
Daripada jumlah itu, sekitar $552,946 disalurkan terus kepada influencer antara Jun hingga September.
Dengan jumlah hantaran yang dijangka antara 75 hingga 90 dalam tempoh tersebut, setiap influencer dianggarkan memperoleh antara $6,143 hingga $7,372 untuk satu hantaran media sosial.
Bagaimanapun, dokumen tidak menyenaraikan identiti influencer yang terlibat. Havas Media Group juga tidak memberikan sebarang maklum balas apabila diminta mengulas mengenai projek itu.
Bridges Partners ditubuhkan oleh Yair Levi dan Uri Steinberg, yang masing-masing memiliki 50 peratus saham syarikat.
Firma ini menggambarkan peranan mereka sebagai membantu “memupuk pertukaran budaya antara Amerika Syarikat dan Israel.”
Pendedahan ini menimbulkan persoalan besar tentang bagaimana Israel menggunakan dana besar untuk membiayai naratif pro-Israel di media sosial, pada saat dunia memberi tumpuan kepada perang di Gaza dan isu hak asasi rakyat Palestin.-The Merdeka Times