Connect with us

Antarabangsa

Keluarga Diraja Qatar miliki lebih banyak hartanah London berbanding Raja Charles

Published

on

Foto: Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani (kanan) dan Raja United Kingdom, Raja Charles (kiri).

 

  • Menurut laporan GB News, walaupun ikon diraja Britain seperti Buckingham Palace, Kensington Palace dan St James’s Palace masih kekal sebagai simbol utama, hakikatnya kekayaan hartanah keluarga diraja Britain hanya terbatas kepada kediamanbersejarah yang dimiliki melalui Crown Estate.
  • Sebaliknya, keluarga Al-Thani dari Qatar telah membina empayar hartanah swasta gergasi yang kini jauh mengatasi pemilikan keluarga diraja Britain.
  • Keluarga Al-Thani dipercayai menguasai sekitar 8 juta kaki persegi hartanah di London.

 

LONDON – Sebuah laporan mendedahkan bahawa keluarga diraja Qatar kini memiliki lebih banyak hartanah di ibu negara Britain berbanding keluarga diraja United Kingdom sendiri, sekali gus menimbulkan kebimbangan mengenai penguasaan asing terhadap aset strategik di kota metropolitan itu.

Menurut laporan GB News, walaupun ikon diraja Britain seperti Buckingham Palace, Kensington Palace dan St James’s Palace masih kekal sebagai simbol utama, hakikatnya kekayaan hartanah keluarga diraja Britain hanya terbatas kepada kediaman bersejarah yang dimiliki melalui Crown Estate. Aset-aset ini tidak dikira sebagai harta persendirian kerana ia dipegang atas nama rakyat.

Sebaliknya, keluarga Al-Thani dari Qatar telah membina empayar hartanah swasta gergasi yang kini jauh mengatasi pemilikan keluarga diraja Britain.

Dengan nilai kekayaan dianggarkan mencecah £2.4 bilion, Sheikh Tamim bin Hamad Al Thani sendiri dilaporkan memiliki kekayaan sekitar £1.6 bilion.

Kawasan Northwest Mayfair kini dikenali sebagai “Little Doha” kerana sebahagian besar bangunannya dimiliki oleh keluarga diraja Qatar. Difahamkan, mereka memiliki hampir seperempat komuniti tersebut, termasuk kediaman persendirian paling mahal di Britain seluas 44,000 kaki persegi yang pernah dinilai pada £400 juta pada 2015.

Mendiang Ratu Elizabeth pernah bergurau bahawa rumah itu menjadikan Buckingham Palace kelihatan “suram” jika dibandingkan.

Pengaruh Qatar di London bukan sekadar kediaman mewah. Antara jenama dan aset terkenal yang berada dalam genggaman mereka termasuk:

  • Harrods – gedung beli-belah ikonik, dijual kepada Qatar Investment Authority pada 2010.
  • Hotel mewah seperti The Berkeley, Claridge’s, The Connaught dan The Emory, diuruskan di bawah Maybourne Hotels yang diterajui Mohammed Bin Hamad Bin Jassim Bin Jaber Al-Thani.
  • The Shard – bangunan tertinggi di Eropah, dimiliki 95% oleh Qatar.
  • Canary Wharf – pusat kewangan utama London yang sebahagiannya turut dimiliki Qatar.
  • Lapangan Terbang Heathrow – Qatar memiliki pegangan 20% di salah satu lapangan terbang paling sibuk dunia itu.
  • Sainsbury’s – rangkaian pasar raya Britain, 14.3% sahamnya dimiliki oleh pelabur Qatar.

Secara keseluruhannya, keluarga Al-Thani dipercayai menguasai sekitar 1.8 juta kaki persegi hartanah di London.

Pemerhati menegaskan bahawa penguasaan keluarga diraja Qatar terhadap pelbagai sektor di London  daripada kediaman mewah, hotel, gedung beli-belah hinggalah aset infrastruktur negara  menimbulkan persoalan besar tentang kedaulatan ekonomi Britain.

Walaupun hubungan rapat Britain-Qatar telah lama wujud, laporan ini mencetuskan kebimbangan sama ada aset strategik negara sedang beralih dominasi kepada keluarga diraja asing.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author