Connect with us

Antarabangsa

Flotila Gaza berdepan ancaman: Israel dijangka tunda sebahagian kapal, Tenggelamkan yang lain

Published

on

Foto: Global Sumud Flotilla.

 

  • Menurut laporan, operasi itu akan melibatkan penahanan besar-besaran aktivis, sebelum mereka dipindahkan ke kapal tentera laut utama dan dibawa ke Pelabuhan Ashdod.
  • Aktivis akan ditahan atau dihantar pulang.
  • “Kami sudah bersedia. Ia lebih mencabar berbanding sebelum ini kerana jumlah kapal yang begitu besar,” – Jurucakap IDF Brig. Jen. Effie Defrin

 

GAZA – Misi Global Sumud Flotilla yang sedang menuju ke Gaza kini berdepan risiko serius apabila media Israel melaporkan Tentera Laut Israel bukan sahaja bercadang menunda sebahagian kapal aktivis ke Pelabuhan Ashdod, malah ada kemungkinan beberapa kapal lain akan ditenggelamkan di laut.

Langkah drastik itu dijangka diambil ketika flotila menghampiri zon kritikal sejauh 150 batu nautika dari pesisir Gaza.

Flotila berkenaan membawa lebih 500 aktivis antarabangsa termasuk Greta Thunberg, ahli parlimen serta peguam hak asasi manusia dari pelbagai negara.

Jurucakap IDF Brig. Jen. Effie Defrin sebelum ini mengesahkan operasi pemintasan kali ini jauh lebih kompleks berbanding percubaan flotila terdahulu kerana melibatkan 47 buah kapal.

“Kami sudah bersedia. Ia lebih mencabar berbanding sebelum ini kerana jumlah kapal yang begitu besar,” katanya.

Menurut laporan, operasi itu akan melibatkan penahanan besar-besaran aktivis, sebelum mereka dipindahkan ke kapal tentera laut utama dan dibawa ke Pelabuhan Ashdod. Dari situ, aktivis akan ditahan atau dihantar pulang. Namun, kebimbangan memuncak apabila sumber tentera memberi isyarat ada kapal yang mungkin tidak akan sampai ke daratan kerana bakal ditenggelamkan terus di laut.

Peserta flotila tetap bertegas tidak akan berpatah balik meski Itali menarik balik pengiringan kapal mereka. Dalam kenyataan bersama, penganjur mendakwa tindakan itu sebagai bentuk “sabotaj”.

“Kami akan terus berlayar. Israel tidak boleh menghentikan suara solidariti dunia untuk Gaza,” tegas kenyataan tersebut.

Israel dan Mesir telah mengenakan sekatan ke atas Gaza sejak 2007 selepas Hamas mengambil alih kuasa. Israel mendakwa sekatan itu perlu untuk menghalang penyeludupan senjata, namun pengkritik menegaskan ia adalah bentuk hukuman kolektif terhadap lebih dua juta penduduk Gaza.

Situasi ini dijangka memuncak dalam beberapa jam lagi, bertepatan dengan sambutan Yom Kippur, hari paling suci dalam agama Yahudi, menjadikan operasi tentera laut Israel kali ini sebagai ujian geopolitik yang bakal diperhatikan seluruh dunia. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author