Connect with us

Antarabangsa

Starbucks buang 900 pekerja, Tutup beberapa cawangan

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan

 

  • Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Starbucks berdepan kelembapan jualan berikutan tekanan inflasi berpanjangan yang menjejaskan kuasa beli pelanggan.
  • Menurut penganalisis, syarikat itu mencatatkan enam suku berturut-turut dengan penurunan jualan di cawangan sedia ada.

 

NEW YORK – Rangkaian kopi gergasi dunia, Starbucks, mengumumkan akan membuang kira-kira 900 pekerja serta menutup sebahagian cawangan di Amerika Utara sebagai sebahagian daripada pelan penstrukturan semula bernilai AS$1 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Starbucks, Brian Niccol dalam satu memo kepada kakitangan pada Khamis berkata, langkah itu dijangka mengurangkan sekitar 1 peratus jumlah keseluruhan cawangan Starbucks di rantau tersebut, selepas mengambil kira pembukaan kedai baharu.

“Walaupun kita telah mencatatkan kemajuan yang baik, masih banyak yang perlu dilakukan untuk membina Starbucks yang lebih baik, lebih kuat dan lebih berdaya tahan,” kata Niccol.

Saham Starbucks meningkat sedikit dalam dagangan pra-pasaran selepas pengumuman itu dibuat awal pagi Khamis.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Starbucks berdepan kelembapan jualan berikutan tekanan inflasi berpanjangan yang menjejaskan kuasa beli pelanggan.

Menurut penganalisis, syarikat itu mencatatkan enam suku berturut-turut dengan penurunan jualan di cawangan sedia ada.

Bagi menarik kembali pelanggan, Starbucks sebelum ini telah melaksanakan pelbagai usaha termasuk menaik taraf reka bentuk dalaman kedai. Namun, hasil semakan syarikat mendapati terdapat lokasi tertentu yang tidak mampu memenuhi jangkaan pelanggan atau tidak berpotensi dari sudut prestasi kewangan.

“Semasa semakan, kami mengenal pasti kedai kopi yang tidak dapat mewujudkan suasana fizikal seperti yang diharapkan pelanggan dan pekerja, atau lokasi yang tidak mempunyai prospek kewangan. Kedai-kedai ini akan ditutup,” jelas Niccol.

Beliau menegaskan bahawa setiap tahun syarikat akan membuka dan menutup cawangan atas pelbagai faktor termasuk prestasi kewangan dan tamat tempoh pajakan, namun penutupan kali ini adalah lebih signifikan dan dijangka memberi kesan besar kepada pekerja serta pelanggan.

Starbucks menjangkakan akan menamatkan tahun fiskal 2025 dengan kira-kira 18,300 cawangan di Amerika Syarikat dan Kanada. Pekerja di cawangan yang terlibat dengan penutupan akan dimaklumkan dalam minggu ini.

Syarikat itu turut merancang untuk menempatkan semula sebahagian pekerja ke cawangan lain, manakala bagi yang terjejas, Starbucks berjanji akan menyediakan pakej pampasan pemberhentian yang komprehensif.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author