Connect with us

Antarabangsa

Trump mahu Afghanistan pulangkan Pangkalan Bagram Kepada AS ‘segera’

Published

on

Foto: Presiden AS, Donald Trump
  • Trump memberi amaran akan berlaku “perkara buruk” sekiranya Afghanistan enggan menyerahkan semula Bagram kepada kawalan AS.
  • Kita sedang berbincang dengan Afghanistan dan kita mahu ia dikembalikan, kita mahu ia dikembalikan segera dengan serta-merta dan jika mereka tidak lakukannya, anda akan tahu apa yang akan saya lakukan.

WASHINGTON – Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berkata beliau mengharapkan pihak berkuasa Afghanistan segera menyerahkan semula Pangkalan Udara Bagram di bawah kawalan AS, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Sebelum ini, Trump memberi amaran akan berlaku “perkara buruk” sekiranya Afghanistan enggan menyerahkan semula Bagram kepada kawalan AS.

“Kita tidak akan bercakap tentang itu, tetapi sekarang kita sedang berbincang dengan Afghanistan dan kita mahu ia dikembalikan, kita mahu ia dikembalikan segera dengan serta-merta dan jika mereka tidak lakukannya, anda akan tahu apa yang akan saya lakukan,” kata presiden itu kepada pemberita pada satu acara di Virginia. – BERNAMA-SPUTNIK/RIA Novosti

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author