Antarabangsa
Maduro tuduh AS guna isu dadah untuk kolonialisasi Venezuela
- “Objektif sebenar bukanlah melawan dadah. Tujuan mereka ialah masuk ke Venezuela, mengambil alih kawalan negara ini, melantik pihak berkuasa kolonial, melaksanakan pertukaran rejim, dan akhirnya merampas kekayaan minyak serta gas yang dimiliki Venezuela. Itulah objektif mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh TRT World.
- Maduro menegaskan negaranya mempunyai sumber minyak dan gas yang besar, sekali gus menjadi sasaran kuasa luar yang mahu mengeksploitasi kekayaan tersebut di bawah topeng bantuan antarabangsa.
CARACAS – Presiden Venezuela, Nicolas Maduro mendakwa bekas Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sedang berusaha untuk “menjajah” negaranya dengan menggunakan alasan palsu bagi membolehkan campur tangan asing.
Menurut Maduro, siri naratif palsu sengaja dicipta bagi mewajarkan peningkatan tekanan antarabangsa terhadap Caracas, termasuk di bawah alasan memerangi pengedaran dadah.
“Objektif sebenar bukanlah melawan dadah. Tujuan mereka ialah masuk ke Venezuela, mengambil alih kawalan negara ini, melantik pihak berkuasa kolonial, melaksanakan pertukaran rejim, dan akhirnya merampas kekayaan minyak serta gas yang dimiliki Venezuela. Itulah objektif mereka,” katanya dalam satu kenyataan yang disiarkan oleh TRT World.
Maduro menegaskan negaranya mempunyai sumber minyak dan gas yang besar, sekali gus menjadi sasaran kuasa luar yang mahu mengeksploitasi kekayaan tersebut di bawah topeng bantuan antarabangsa.
Beliau juga menyifatkan tindakan Trump dan sekutunya sebagai sebahagian daripada strategi kolonialisme baharu yang mengabaikan kedaulatan negara lain.
Kenyataan Maduro itu hadir ketika Venezuela terus berdepan tekanan ekonomi serta sekatan antarabangsa, di samping krisis politik dalaman yang berlarutan sejak beberapa tahun lalu.
Presiden berhaluan kiri itu berikrar untuk mempertahankan hak kedaulatan rakyat Venezuela daripada sebarang bentuk penjajahan moden yang didakwa cuba dilaksanakan Washington. – The Merdeka Times