Connect with us

Antarabangsa

Yaman lancar peluru berpandu, Netanyahu terpaksa mendarat cemas

Published

on

Foto: Jurucakap tentera Yaman, Brigedier Jeneral Yahya Saree
  • Menurut laporan al-Masirah, Saree mengesahkan bahawa peluru berpandu hipersonik jenis Palestine-2 digunakan untuk menyerang lokasi sensitif di bandar Jaffa, yang terletak di tengah wilayah yang diduduki Israel.
  • Media Israel turut melaporkan bahawa pelancaran peluru berpandu Yaman menyebabkan sebuah pesawat yang membawa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu terpaksa melakukan pendaratan cemas.

 

TEHRAN – Angkatan Tentera Yaman mengumumkan siri serangan peluru berpandu dan dron terhadap sasaran sensitif Israel, termasuk kawasan sekitar Tel Aviv, sebagai tindak balas ke atas serangan rejim Zionis terhadap al-Hudaydah.

Jurucakap tentera Yaman, Brigedier Jeneral Yahya Saree berkata, operasi itu menyasarkan beberapa lokasi penting di wilayah Palestin yang diduduki zionis.

Menurut laporan al-Masirah, Saree mengesahkan bahawa peluru berpandu hipersonik jenis Palestine-2 digunakan untuk menyerang lokasi sensitif di bandar Jaffa, yang terletak di tengah wilayah yang diduduki Israel.

Beliau turut mendedahkan bahawa lapangan terbang tentera Ramon diserang menggunakan dron kamikaze, dan semua objektif berjaya dicapai sehingga memaksa penduduk Israel berlindung di tempat perlindungan bawah tanah.

“Operasi ini adalah kemenangan untuk rakyat Gaza yang tertindas dan merupakan sebahagian daripada tindak balas terhadap pencerobohan Israel terhadap Yaman,” tegasnya.

Terdahulu, media Israel melaporkan bunyi siren amaran serangan roket di Tel Aviv dan kawasan tengah selepas tembakan peluru berpandu dari arah Yaman.

Serangan itu berlaku hanya beberapa jam selepas Israel mengebom pelabuhan al-Hudaydah, yang kemudian dibalas dengan serangan peluru berpandu oleh tentera Yaman.

Media Israel turut melaporkan bahawa pelancaran peluru berpandu Yaman menyebabkan sebuah pesawat yang membawa Perdana Menteri Benjamin Netanyahu terpaksa melakukan pendaratan cemas.

Tentera Yaman menegaskan mereka akan meneruskan operasi ketenteraan terhadap wilayah Palestin yang diduduki selagi pencerobohan Israel di Gaza berterusan.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author