Connect with us

Antarabangsa

(VIDEO) FBI dedah video baharu suspek pembunuh Charlie Kirk

Published

on

Foto: Suspek dalam kes pembunuhan aktivis konservatif, Charlie Kirk

 

UTAH – Biro Siasatan Persekutuan (FBI) mendedahkan rakaman video terbaharu memaparkan suspek dalam kes pembunuhan aktivis konservatif, Charlie Kirk, yang ditembak mati ketika berucap di Universiti Utah Valley, Rabu lalu.

Rakaman tersebut menunjukkan suspek melompat dari bumbung salah sebuah bangunan kampus sebelum melarikan diri ke kawasan hutan berdekatan.

Tembakan dilepaskan sekitar jam 12.20 tengah hari waktu tempatan, apabila peluru senapang mengenai leher Kirk sewaktu beliau berucap di hadapan pelajar.

Menurut FBI, imej video turut merakam suspek berlari di atas bumbung, menuruni bangunan, lalu meninggalkan kesan tapak tangan, calitan dipercayai mengandungi DNA, serta kesan tapak kasut.

Suspek kemudiannya dilihat berlari melintasi kawasan berumput berhampiran parkir sebelum menghilang ke dalam hutan.

Menurut sumber penguat kuasa yang dipetik ABC News, pihak berkuasa menemui senapang bolt-action Mauser berkuasa tinggi bersama peluru bertanda slogan “transgender” dan “anti-fasis” di kawasan hutan berkenaan.

Gabenor Utah, Spencer Cox, menggesa orang ramai membantu siasatan dan mendedahkan lebih 7,000 maklumat telah diserahkan kepada FBI.

Beliau juga menegaskan negeri itu akan menuntut hukuman mati sebaik sahaja suspek diberkas.

“Kami tidak dapat melakukan tugas ini tanpa bantuan orang ramai ketika ini,” kata Cox pada sidang media Khamis lalu.

FBI Salt Lake City kini menawarkan ganjaran sehingga USD100,000 bagi maklumat yang membawa kepada penangkapan suspek.

Antara bukti forensik yang telah diperoleh termasuk kesan kasut, kesan pada lengan, serta cap tapak tangan di atas bumbung lokasi tembakan.

Charlie Kirk, 31, pengasas Turning Point USA, merupakan aktivis konservatif terkenal dan sekutu rapat Presiden Donald Trump. Pihak berkuasa menyifatkan kes ini sebagai satu pembunuhan politik yang disasarkan.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author