Connect with us

Antarabangsa

Majoriti rakyat Afghanistan anggap pendidikan anak perempuan penting – PBB

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan

 

  • Menurut laporan UN Women, tinjauan yang dijalankan dari rumah ke rumah melibatkan lebih 2,000 responden di seluruh Afghanistan mendapati 92 peratus rakyat berpendapat pendidikan anak perempuan adalah “penting” dan harus diteruskan.
  • Data menunjukkan bahawa di kawasan luar bandar, 87 peratus lelaki dan 95 peratus wanita menyokong pendidikan anak perempuan, manakala di kawasan bandar, sokongan itu meningkat kepada 95 peratus bagi kedua-dua jantina.

 

KABUL – Bahagian Wanita Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Women) mendedahkan hasil tinjauan yang menunjukkan majoriti rakyat Afghanistan menekankan kepentingan pendidikan untuk anak perempuan, walaupun berdepan larangan keras pihak berkuasa de facto di negara itu.

Menurut laporan UN Women, tinjauan yang dijalankan dari rumah ke rumah melibatkan lebih 2,000 responden di seluruh Afghanistan mendapati 92 peratus rakyat berpendapat pendidikan anak perempuan adalah “penting” dan harus diteruskan.

Data menunjukkan bahawa di kawasan luar bandar, 87 peratus lelaki dan 95 peratus wanita menyokong pendidikan anak perempuan, manakala di kawasan bandar, sokongan itu meningkat kepada 95 peratus bagi kedua-dua jantina.

Wakil Khas UN Women di Afghanistan, Susan Ferguson berkata, pendidikan hampir selalu menjadi perkara pertama yang disuarakan oleh kanak-kanak perempuan ketika ditemui.

“Mereka sangat ingin belajar dan hanya mahukan peluang untuk mendapatkan pendidikan,” katanya.

UN Women turut melaporkan bahawa berdasarkan tinjauan telefon yang dilakukan pada Julai dan Ogos 2025, 97 peratus wanita Afghanistan menyatakan larangan pendidikan telah memberi kesan negatif kepada kehidupan seharian mereka.

Lebih separuh daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di Afghanistan kini melaporkan bahawa larangan tersebut menyukarkan usaha mereka memberikan perkhidmatan penting kepada wanita dan kanak-kanak perempuan.

Namun, laporan itu juga menekankan bahawa 40 peratus wanita Afghanistan masih membayangkan masa depan yang menjanjikan “perubahan dan kesamarataan” meskipun berdepan sekatan.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author