Connect with us

Terkini

Isu etnik Uyghur: AS kawal ketat import lebih banyak barangan dari China

Published

on

Foto: Presiden AS, Donald Trump
  • Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS,  berkata keluli, kuprum dan litium serta soda kaustik dan buah kurma merah antara yang dimasukkan dalam kategori senarai penguatkuasaan berkeutamaan tinggi di bawah Akta Pencegahan Buruh Paksa Uyghur (UFLPA).
  • “Penggunaan buruh paksa menjijikkan dan kami akan memastikan syarikat China dipertanggungjawabkan atas pencabulan ini serta menghapuskan ancaman yang dibawa oleh amalan buruh paksa demi kemakmuran bersama,” kata Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS, Kristi Noem, di X.

WASHINGTON – Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump pada Selasa mengumumkan lebih banyak barangan dari China, akan diletakkan dalam senarai penguatkuasaan berkeutamaan tinggi di bawah undang-undang buruh paksa Uyghur, susulan dakwaan pencabulan hak asasi manusia terhadap etnik Uyghur.

Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS, dalam satu kenyataan di platform X, berkata keluli, kuprum dan litium serta soda kaustik dan buah kurma merah antara yang dimasukkan dalam kategori tersebut di bawah Akta Pencegahan Buruh Paksa Uyghur (UFLPA).

“Penggunaan buruh paksa adalah menjijikkan dan kami akan memastikan syarikat China dipertanggungjawabkan atas pencabulan ini serta menghapuskan ancaman yang dibawa oleh amalan buruh paksa demi kemakmuran bersama,” kata Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS, Kristi Noem, di X yang dipetik Reuters.

Undang-undang berkaitan Uyghur ini mengehadkan import barangan yang dikaitkan dengan apa yang digambarkan AS sebagai pencabulan hak asasi manusia dan pembunuhan beramai-ramai di Wilayah Autonomi Xinjiang Uyghur.

Pihak berkuasa AS mendakwa kerajaan China telah menubuhkan kem tahanan bagi etnik Uyghur dan kumpulan minoriti agama serta etnik lain di wilayah Xinjiang. 

Bagaimanapun, Beijing menafikan tuduhan tersebut. – The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author