Connect with us

Antarabangsa

Norway sumbang semua hasil jualan tiket perlawanan menentang Israel kepada Gaza

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan.
  • Presiden NFF, Lise Klaveness berkata, keputusan itu dibuat kerana keprihatinan terhadap penderitaan berterusan orang awam di Gaza akibat serangan yang tidak seimbang.
  • “Tiada mana-mana pihak, termasuk kami atau organisasi lain, boleh berdiam diri terhadap penderitaan kemanusiaan yang sudah lama ditanggung penduduk awam di Gaza. Kami mahu menyumbangkan hasil ini kepada organisasi kemanusiaan yang menyelamatkan nyawa setiap hari dan memberikan bantuan kecemasan di lapangan,” katanya pada Selasa.

 

NORWAY — Persekutuan Bola Sepak Norway (NFF) mengumumkan akan menyumbangkan semua keuntungan daripada jualan tiket perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Israel pada 11 Oktober di Oslo kepada bantuan kemanusiaan di Gaza.

Presiden NFF, Lise Klaveness berkata, keputusan itu dibuat kerana keprihatinan terhadap penderitaan berterusan orang awam di Gaza akibat serangan yang tidak seimbang.

“Tiada mana-mana pihak, termasuk kami atau organisasi lain, boleh berdiam diri terhadap penderitaan kemanusiaan yang sudah lama ditanggung penduduk awam di Gaza.

“Kami mahu menyumbangkan hasil ini kepada organisasi kemanusiaan yang menyelamatkan nyawa setiap hari dan memberikan bantuan kecemasan di lapangan,” katanya pada Selasa.

Walaupun jualan tiket dijangka bermula minggu depan, NFF belum mendedahkan jumlah hasil yang bakal diperoleh.

Sementara itu, Persatuan Bola Sepak ‘Israel’ pada Rabu menggesa Norway agar turut mengecam serangan Hamas pada 7 Oktober 2023 dan tindakan menawan tebusan.

Dalam kenyataannya yang pertama kali diterbitkan oleh The Telegraph, persatuan itu menekankan bahawa dana yang disalurkan tidak sepatutnya jatuh ke tangan “kumpulan pengganas” atau digunakan untuk tujuan lain, sambil menyindir isu kontroversi pemburuan ikan paus di Norway.

Bagi memastikan keselamatan, Norway berkata ia sedang berkoordinasi dengan UEFA dan pihak polis tempatan.

Kapasiti penonton di Stadium Ullevaal akan dihadkan sekitar 3,000 tiket sahaja, jauh lebih rendah berbanding kapasiti asal 26,000 tempat duduk.

Sejak Oktober 2023, ‘Israel’ tidak lagi dibenarkan menganjurkan perlawanan antarabangsa di gelanggang sendiri atas faktor keselamatan. Perlawanan di laman sendiri menentang Norway sebelum ini dimainkan di Hungary, di mana Norway menang 4-2 pada Mac lalu.

Norway kini mengetuai kumpulan kelayakan lima negara, mendahului Israel. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author