Connect with us

Antarabangsa

Bapa mertua, abang ipar rogol wanita Gujarat konon bantu hamil kerana suami mandul

Published

on

Foto: Gambar sekadar hiasan
  • Mangsa membuat laporan polis (FIR) di Balai Polis Navapura selepas mengalami keguguran, dengan menamakan kedua-dua lelaki itu sebagai suspek rogol dan gangguan seksual.
  • Dia turut menuduh suaminya memeras ugut supaya dia berdiam diri dengan ancaman menyebarkan gambar intimnya kepada umum.
  • Mangsa mendakwa dia dirogol berkali-kali oleh bapa mentua namun tetap tidak hamil. Pada Disember 2024, giliran suami kakak ipar pula merogolnya, dan perbuatan itu juga didakwa berulang kali.

 

INDIA – Seorang wanita berusia 40 tahun di Gujarat mendakwa dirinya dirogol berulang kali oleh bapa mentua dan suami kepada kakak iparnya, kononnya bagi membantu dia hamil selepas didapati suaminya mempunyai jumlah sperma yang terlalu rendah.

Mangsa membuat laporan polis (FIR) di Balai Polis Navapura selepas mengalami keguguran, dengan menamakan kedua-dua lelaki itu sebagai suspek rogol dan gangguan seksual.

Dia turut menuduh suaminya memeras ugut supaya dia berdiam diri dengan ancaman menyebarkan gambar intimnya kepada umum.

Menurut laporan FIR, mangsa berkahwin pada Februari 2024 dan berpindah ke rumah suami. Beberapa minggu kemudian, keluarga mentua memaklumkan bahawa peluangnya untuk hamil mungkin rendah kerana faktor umur, dan mencadangkan rawatan kesuburan.

Pemeriksaan perubatan mendapati jumlah sperma suaminya terlalu rendah untuk membolehkan kehamilan.

Berdasarkan nasihat doktor, mangsa menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) namun gagal. Dia kemudian enggan meneruskan rawatan dan mencadangkan pengambilan anak angkat, tetapi cadangan itu ditolak keluarga mentua.

Pada Julai 2024, ketika sedang tidur di dalam bilik, bapa mentua didakwa masuk dan merogolnya.

Apabila dia menjerit meminta tolong, lelaki itu menamparnya. Apabila mangsa menceritakan kejadian itu kepada suami, suaminya hanya berkata dia mahukan anak dan meminta mangsa merahsiakan perkara tersebut.

Mangsa mendakwa dia dirogol berkali-kali oleh bapa mentua namun tetap tidak hamil. Pada Disember 2024, giliran suami kakak ipar pula merogolnya, dan perbuatan itu juga didakwa berulang kali.

Mangsa akhirnya hamil pada Jun 2025, tetapi mengalami keguguran sebulan kemudian.

Pada minggu terakhir Julai, dia membuat laporan polis. Siasatan awal telah dijalankan sebelum pihak polis mendaftarkan FIR pada Ahad lalu. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author