Connect with us

Antarabangsa

Bantuan Kemanusiaan Malaysia hanya tiba di Utara Gaza  — KHOM

Published

on

Foto: Pengarah Misi Kemanusiaan Karisma (KHOM), Nik Marina Hussin
  • Sewaktu dihubungi The Merdeka Times, Pengarah Misi Kemanusiaan Karisma (KHOM), Nik Marina Hussin berkata, bantuan kemanusiaan Malaysia yang dinanti-nantikan akhirnya berjaya memasuki Gaza, namun hanya setakat ke kawasan utara wilayah itu.
  • “Bantuan Malaysia telah berjaya dihantar masuk ke Gaza melalui kerjasama pelbagai pihak, termasuk JAF, WFP dan World Central Kitchen. Setakat ini, bantuan itu hanya dapat diagihkan di kawasan Utara Gaza,” kata Nik Marina.
  • Nik Marina turut memaklumkan, agihan di kawasan Tengah dan Selatan Gaza, akan cuba diselaraskan pasukannya yang berada di lapangan.
  • Bagaimanapun setakat hari ini penduduk di Nuseirat dan Mawasi,  menafikan sebarang agihan bantuan rakyat Malaysia di kawasan mereka.

 

GAZA — Bantuan kemanusiaan Malaysia yang dinanti-nantikan akhirnya berjaya memasuki Gaza, namun hanya setakat ke kawasan utara wilayah itu, menurut Pengarah Misi Kemanusiaan Karisma (KHOM), Nik Marina Hussin.

Sewaktu dihubungi The Merdeka Times, Nik Marina menjelaskan bahawa penghantaran bantuan itu dibuat melalui konvoi 60 buah trak yang dikendalikan oleh Angkatan Tentera Jordan (JAF) dengan kerjasama Program Makanan Sedunia (WFP) dan dapur bantuan antarabangsa World Central Kitchen.

“Bantuan Malaysia telah berjaya dihantar masuk ke Gaza melalui kerjasama pelbagai pihak, termasuk JAF, WFP dan World Central Kitchen. Setakat ini, bantuan itu hanya dapat diagihkan di kawasan Utara Gaza,” kata Nik Marina.

Menurut beliau, antara barangan bantuan yang dihantar termasuk makanan kering, susu formula kanak-kanak hasil sumbangan rakyat Malaysia.

Nik Marina turut memaklumkan, agihan di kawasan Tengah dan Selatan Gaza, akan cuba diselaraskan pasukannya yang berada di lapangan.

Bagaimanapun setakat hari ini penduduk di Nuseirat dan Mawasi,  menafikan sebarang agihan bantuan rakyat Malaysia di kawasan mereka.

Seorang penganalisis politik yang berpangkalan di Nuseirat memberitahu The Merdeka Times bahawa tiada sebarang trak bantuan berlogo Malaysia dilihat memasuki kawasan mereka.

“Tiada satu pun bantuan dari Malaysia yang sampai ke sini. Kami tidak melihat sebarang bukti, gambar, atau pengedaran barangan seperti yang didakwa,” katanya.

Meskipun penghantaran bantuan ke Gaza Utara merupakan satu kejayaan awal, banyak pihak termasuk NGO antarabangsa dan penduduk tempatan menggesa supaya bantuan diagihkan secara menyeluruh ke seluruh Gaza, terutamanya kawasan tengah dan selatan yang masih terputus bekalan asas dan perubatan.-The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author