Connect with us

Antarabangsa

Korea Utara kenakan hukuman mati jika promosi idealogi zionisme

Published

on

Foto: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un
  • Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) mengeluarkan kenyataan bahawa Israel merupakan sebuah negara yang tidak sah, sekaligus mengukuhkan lagi sikap anti-Israel kerajaan tersebut.
  • Korea Utara turut melarang sebarang bahan yang bersifat pro-Israel.
  • Mana-mana individu yang memiliki, menyebar, atau mempromosikan bahan sedemikian boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.

 

Korea Utara telah memperkenalkan dasar baharu yang ketat dimana sesiapa yang didapati mempromosikan fahaman Zionis boleh dikenakan hukuman mati.

Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) mengeluarkan kenyataan bahawa Israel merupakan sebuah negara yang tidak sah, sekaligus mengukuhkan lagi sikap anti-Israel kerajaan tersebut.

Langkah ini dilihat sebagai salah satu tindakan paling keras dalam sejarah dasar luar Korea Utara terhadap Israel. Bukan sahaja menolak hubungan diplomatik, polisi ini turut menghantar mesej jelas penolakan secara terbuka terhadap negara Israel.

Menurut laporan KCNA, Zionisme didakwa menyokong imperialisme dan amalan apartheid. Pegawai Korea Utara juga menggelar Israel sebagai “projek kolonial yang diwujudkan oleh Amerika Syarikat.”

Seiring dengan itu, kerajaan Korea Utara turut melarang sebarang bahan yang bersifat pro-Israel.

Mana-mana individu yang memiliki, menyebar, atau mempromosikan bahan sedemikian boleh dihukum mati atau penjara seumur hidup.

Penganalisis berpendapat tindakan ini adalah sebahagian daripada strategi Korea Utara untuk menjauhkan diri daripada negara-negara Barat serta sekutu mereka.

Dasar ini juga dilihat sebagai usaha Korea Utara menunjukkan sokongan kepada kumpulan-kumpulan yang menentang Israel, khususnya berkaitan isu Palestin.

Korea Utara sememangnya tidak pernah mengiktiraf Israel. Polisi baharu ini dijangka akan meningkatkan ketegangan serta menjauhkan Pyongyang dari sebahagian besar dunia.

Beberapa kumpulan dan negara yang tidak bersetuju dengan tindakan atau polisi Israel terhadap Palestin mungkin menyokong pendirian Korea Utara ini.

Pertubuhan hak asasi manusia mengutuk keras polisi tersebut, menyifatkannya sebagai serangan serius terhadap kebebasan bersuara.

Setakat ini, kerajaan Israel belum mengeluarkan kenyataan rasmi, namun pelbagai negara lain telah memberi reaksi tegas terhadap keputusan Korea Utara itu. -The Merdeka Times

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author