Connect with us

Terkini

Arab Saudi didedah secara rahsia pintas dron Iran

WhatsApp
Facebook0
Twitter

Published

on

Foto: Gambar Sekadar Hiasan
  • Tentera udara Arab Saudi didakwa  telah mengerahkan helikopter untuk memintas dron di ruang udara serantau, termasuk di atas Iraq dan Jordan.
  • Beberapa dron ini berkemungkinan menuju ke arah Israel, namun berjaya dipintas lebih awal sebagai sebahagian usaha melindungi ruang udara Arab Saudi.
  • Arab Saudi tidak mengesahkan secara rasmi penglibatan dalam pemintasan tersebut, malah turut mengecam Israel atas serangan ofensifnya terhadap Iran.

BAITULMAQDIS – Dalam pendedahan terbaru, beberapa negara serantau, termasuk Arab Saudi, didakwa telah terlibat dalam pemintasan dron yang dilancarkan Iran semasa perang baru-baru ini.

Menurut laporan Israel Hayom yang memetik sumber dari sebuah negara Teluk, tentera udara Arab Saudi didakwa telah mengerahkan helikopter untuk memintas dron di ruang udara serantau, termasuk di atas Iraq dan Jordan.

Beberapa dron ini berkemungkinan menuju ke arah Israel, namun berjaya dipintas lebih awal sebagai sebahagian usaha melindungi ruang udara Arab Saudi.

Arab Saudi memiliki angkatan udara yang serba lengkap, berasaskan sistem dan pesawat buatan Amerika Syarikat.

Pada tahun 2017, semasa penggal pertama Presiden Donald Trump, perjanjian senjata berskala besar telah dimeterai dengan Putera Mahkota Mohammad bin Salman, dan perjanjian itu kemudiannya diperluaskan lagi semasa lawatan beliau ke rantau tersebut baru-baru ini.

Arab Saudi tidak mengesahkan secara rasmi penglibatan dalam pemintasan tersebut, malah turut mengecam Israel atas serangan ofensifnya terhadap Iran.

Israel, Amerika Syarikat dan negara-negara Eropah pula menunjukkan kerjasama operasi yang rapat.

Pendedahan itu memberikan signifikan politik meluas apabila Arab Saudi bertindak membantu menyekat ancaman Iran tanpa pengisytiharan terbuka.

Bagaimanapun, Arab Saudi menegaskan ia tidak akan membenarkan ruang udaranya digunakan untuk menyerang sasaran di Iran.

Sepanjang 12 hari pertempuran dengan Iran, beberapa negara telah mengambil tindakan mempertahankan ruang udara rantau ini, termasuk Jordan yang menggunakan angkatan udaranya di ruang udara sendiri serta Britain dan Perancis yang turut terlibat di medan udara selain tentera Amerika Syarikat yang paling aktif bersama Pasukan Pertahanan Israel (IDF).

Jordan, berbeza daripada negara lain, secara terbuka mengakui operasi pemintasan ini dan menekankan bahawa beberapa dron jatuh di wilayahnya dan menyebabkan kerosakan – yang memerlukan tindak balas.

Perancis pula menyatakan penyertaannya sebagai usaha mempertahankan kepentingannya di Jordan, tanpa menyebut Israel secara terbuka. – The Merdeka Times

Author