Connect with us

Antarabangsa

Larangan perjalanan Trump ke atas 12 negara berkuat kuasa

Published

on

Foto: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump
  • Larangan perjalanan ke atas 12 negara oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah mula berkuat kuasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).
  • Trump mengumumkan larangan perjalanan itu pada Rabu, dengan menyatakan bahawa beliau “perlu bertindak untuk melindungi keselamatan negara dan kepentingan nasional Amerika Syarikat serta rakyatnya.”

WASHINGTON — Larangan perjalanan ke atas 12 negara oleh Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump telah mula berkuat kuasa, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Menurut kenyataan Rumah Putih, peraturan itu berkuat kuasa awal pagi Isnin (0401 GMT).

Trump mengumumkan larangan perjalanan itu pada Rabu, dengan menyatakan bahawa beliau “perlu bertindak untuk melindungi keselamatan negara dan kepentingan nasional Amerika Syarikat serta rakyatnya.”

Langkah yang berkuat kuasa pada 9 Jun menyekat sepenuhnya kemasukan warganegara dari Afghanistan, Myanmar, Chad, Republik Congo, Equatorial Guinea, Eritrea, Haiti, Iran, Libya, Somalia, Sudan dan Yaman.

Warganegara dari Burundi, Cuba, Laos, Sierra Leone, Togo, Turkmenistan dan Venezuela pula akan dikenakan sekatan separa, menurut pengisytiharan Trump. — BERNAMA-dpa

Please follow and like us:
error20
fb-share-icon0
Tweet 20
fb-share-icon20

Author