Antarabangsa
Rangka gencatan senjata dipersetujui Hamas – AS sebelum digagalkan Israel
Berdasarkan dokumen daripada sumber Drop Site, 13 perkara hasil rundingan Hamas-AS melalui perantara Bishara Bahbah dengan kerjasama wakil perutusan AS, Steve Witkoff.
- Gencatan Senjata 70 Hari
Penghentian penuh semua aktiviti ketenteraan dari kedua-dua pihak. - Pembebasan Tahanan Israel
10 tahanan hidup dibebaskan dalam dua fasa (5 pada hari pertama, 5 pada hari terakhir).
Hamas juga serahkan mayat 16 tahanan — perlu 2 minggu untuk kenal pasti lokasi pengebumian. - Jaminan Peribadi Trump Trump beri jaminan pengunduran tentera Israel kembali ke lokasi atau zon yang mereka kuasai setakat 2 Mac.
- Bantuan Tanpa Sekatan
Makanan, ubat-ubatan, bahan api, bahan binaan & perumahan dibenarkan masuk semula ke Gaza. - Penghentian Aktiviti Ketenteraan
Israel hentikan operasi ketenteraan & pemantauan.
Semua kumpulan pejuang Palestin hentikan aktiviti bersenjata. - Tandatangan Perjanjian di Doha
Witkoff akan tandatangan sebagai penjamin & berjabat tangan dengan ketua perunding Hamas, Dr. Khalil Al-Hayya. - Delegasi AS Diketuai Witkoff
Turut disertai Adam Boehler & Bishara Bahbah. - Penghargaan Terbuka oleh Trump
Trump akan ucap terima kasih kepada semua pihak termasuk Hamas, serta tegaskan komitmennya terhadap keamanan. - Pentadbiran Baharu Gaza
Jawatankuasa teknokratik Palestin akan ambil alih pentadbiran Gaza serta mulakan proses pembinaan semula. - Jaminan Terus dari AS & Pengantara Serantau
Rundingan dan bantuan diteruskan selepas 70 hari hingga capai gencatan kekal. - Komitmen AS Sepanjang Rundingan
AS akan terus komited kepada gencatan senjata & bantuan selagi rundingan berlangsung.
Sumber: Drop Site News
Please follow and like us:
Teruskan Membaca